Rindu
berpautan di tangkai hati
berpautan di tangkai hati
bagai mutiara dari langit
yang bergayutan di hujung rerumput
seusai hujan.
'ISHY 'AZIZAN AU MUT SYAHIDAN (HIDUP PERKASA ATAU MATI SYAHID) Kita adalah jisim yang berada antara langit dan bumi, kerana kita masih bernyawa, dan mahu hidup perkasa – mengumpul bekal untuk roh yang melampaui sempadan langit dan bumi dalam kehidupan syahidnya!
9 comments:
Kanda,
Cucuklah mutiara itu menjadi rantaian kenangan yang manis.
cantik mutiara di karangan bertatahkan permata cinta mengbangkitkan lagi perasaan rindu...
azmi,
indahnya karangan itu jika semua butiran kenangannya berwarna putih mutiara, namun seringkali karangan diselang-selikan butiran hitam juga.
hitam dan putih hanya terpisah pada warna...mutiara kan tetap berharga pada hakikat biar kalau nama pun bertukar...cuma pandangan kita sering tertipu...Basirah lebih tajam tusukannya...
Azmi,
Putih dan hitam itu jika sekadar warna, pasti membawa keindahan pada indera.
Namun putih dan hitam yang membawa makna kehidupan bahagia dan derita itu sering membawa kita kepada pengertian tentang percaturan takdir dan usaha.
mungkin itu satu pandangan tetapi hitam dan putih pada catur lawan mesti di elak waima putih mahu pun hitam namun pada perjalanan hitam dan putih kan mesti dilalui...
azmi,
dalam menghadapi putih dan hitam kehidupan, turutilah sirat yang satu.
Post a Comment