Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, April 28, 2009

Kejutan Pagi Isnin

.
Awal pagi semalam, bonda telefon saya. Panggilan daripada bonda pada hari Isnin sentiasa membuatkan saya resah dan gelisah, berdebar-debar rasa bagai mahu terlepas jantung daripada tangkainya. Alunan "My Heart Will Go On" saya biarkan lama sedikit, supaya degupan jantung sedikit stabil. Bonda memaklumkan yang ayahanda amat lemah, sudah beberapa hari menyebut nama saya. Bonda dalam sedu minta saya pulang sesegera mungkin.
.
Saya melompat dari ranjang, dan terus bersiap. Saya ada setengah jam untuk sampai ke Stesen Bas Jalan Hamzah. Sampai lewat tiga minit, bas jam 8.00 baru sahaja berlepas. Aduh! Kerani bertugas minta saya kejar bas di Stesen Bas Kota Bharu, atas nasiblah sebab bas tersebut tidak boleh tunggu lama di stesen. Saya minta Paknik pecut, Cik di sebelah tidak habis-habis berdoa. Syukur, bas baru sahaja bergerak; dan saya sempat melambai pemandunya. Nasib baik dia mahu ambil kami. Siap bagi diskaun lagi. Hapus penat lelah saya lari kejar bas. Saya hampir terlepas kampung kerana asyik menonton "Jurassic Park". Walaupun dalam keasyikan, saya masih tidak dapat lupakan rasa bersalah saya kerana tidak memaklumkan dua orang teman tentang perjalanan ke kampung sebagaimana janji saya kepada mereka sebelum ini.
.
Sampai di rumah, saya lihat ayahanda sedang cabut janggut. Saya menyalaminya, dan dia sengih, terkejut tengok saya sudah sampai. Apabila bonda pulang dari pasar, tanpa saya tanya terus bonda bersuara - katanya tadi ayahanda memang amat letih. Tak sangka pula tiba-tiba macam ini. "Betul, tadi memang tak gamak tengok dia." Saya tahu apa yang bermain di fikiran bonda. Saya sebenarnya mahu tergelak tengok reaksi bonda dan ayahanda tatkala mereka dengar cerita saya dan rafik kejar bas. Sesungguhnya, saya memang mahu menduga hati orang tua-tua. Yang sebenarnya, saya mahu saja cakap "Hey, i'm your daughter!"

4 comments:

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam petang RAA (tanpa dimurkai),

"anak yang baik" ...

rozais al-anamy said...

Zek,
Salam tengahari.
Saya baru tiba dari Batu Enam.
Moga kata-katamu dilayangkan sebagai doa dan dimakbulkan.

ckLah @xiiinam said...

Alhamdulillah saya dapat masuk ke sini melalui ruang Zulkifli Mohamed...
Orangnya telah lama saya kagumi....baru kini berjumpa di ruang maya....



Prahara Nakbah Palastine...
Karya rosais al-anamy yang paling terkesan di rasa dan jiwa saya....
Sungguh.....




Syabas...
Teruskan berkarya...

rozais al-anamy said...

xiiinam,
Selamat datang dan terima kasih kerana sudi bertamu.

Terima kasih juga kerana sudi membaca karya saya.

Moga saudara beroleh rahmat daripada-Nya selalu.

Kepada Zek, semoga apa yang baik yang diperolehi oleh xiiinam menjadi pahala kepadanya jua. Moga ia dalam kategori "sunnatan hasanatan".