Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, April 21, 2009

Hujan Pagi

.
Malam tadi mengantuk sangat. Saya berziarah ke rumah saudara mara rafik dengan mata separuh terpejam. Pulang ke rumah makcik hampir jam 12.00 tengah malam, saya terus tidur pulas. Saya hanya tersedar sebaik terdengar igauan rafik di sisi, dia mimpikan "pocong" digantung terbalik di depan mata. Saya terfikir sejenak, ajal saya sudah sampaikah?

Makcik tanya kami yang masih membuta, mahu makan apa untuk sarapan? Saya cepat-cepat sahut, tak suka nasi lemak sebelum rafik yang hantu nasi lemak daun pisang cadangkan menu tersebut. Balik dari kedai, makcik mengeluh, kebanyakan kedai tutup. Mungkin sebab hujan lebat malam tadi. Hah, hujan? Ya, jawab makcik. Lebat sangat. Ya Allah, macam mana saya tidak sedar hujan turun.

Saya rasa bersalah pada seseorang apabila saya rasa musykil tatkala membaca khidmat pesanan ringkasnya, jam 07:04 AM - Dingin hujan pagi, hangatnya cintaku kepadamu. Saya berbisik dalam hati; hujan konon, malam tadi aku panas nak pengsan. Hujan buat sendiri kah? Cik, betulkah hujan pagi tadi?

Ya, kenapa?
Tak ada apa.

Han, maafkan saya kerana curiga.

5 comments:

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam pagi,

teringat pula kepada "Hujan Pagi", karya Datuk A. Samad Said tu.

Hujan membawa rahmat, bila mendoakan sesuatukan (?) ...

rozais al-anamy said...

Zek,
Salam pangkal pagi.
Hujan Pagi sangat indah. Saya habiskan bacaan dalam masa semalaman, sanggup tak makan minum kerana tak sanggup melepaskan novel tebal tersebut.

Sayangnya saya tidur pulas sewaktu hujan pagi tersebut menimpa bumi garing. Semoga seseorang telah berdoa sesuatu kebaikan untuk saya ketika itu.

azmi alkelantani said...

orang islam semestinya berdoa untuk sesama islam...di saat rozais melayang-layag dalam alam bukan realiti dibuai mimpi indah mungkin seorang mujahidin sedang berdoa dalam solatnya yang mungkin sedang solat subuh ataupun asar di bumi mereka....

rozais al-anamy said...

Azmi,
Semoga salah satu doa daripada salah seorang daripada mereka membawa sejahtera kepada kita.

azmi alkelantani said...
This comment has been removed by the author.