Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Thursday, April 09, 2009

Salam Ulangtahun Keputeraan Ke-74


Sepatutnya saya siarkan entri ini jam 12.00 tengah malam tadi atau awal pagi ini. Dan saya telah memikirkannya seminggu lalu, namun kerana teknologi pun ada kelemahannya, saya terpaksa akur kepada keadaan. Petang ini barulah saya berpeluang menulis sesuatu untuk seorang insan yang amat berjasa kepada saya, lebih-lebih lagi pada awal pembabitan saya di taman sastera.

Dan setelah melalui petang semalam yang cukup mengecewakan, saya cuba mengenang buah bicara Pak Samad sewaktu kami sama-sama menumpangi sebuah bas ke suatu tempat. Pak Samad di sebelah sempat menitipkan bicara penuh hikmah, yang membuatkan saya akan segar kembali setiap kali hampir putus asa dengan kerenah manusia seputar dunia sastera. Saya masih ingat kata beliau- jangan jadi penulis lima tahun saja. Saya masih ingat pesan itu.

Semoga "sunnatan hasanatan" berbentuk mutiara kata yang dikalungkan pada jiwa saya itu terus-terusan jadi penguat semangat, dan saya doakan semoga beliau sejahtera dan memperolehi kebahagiaan di dua dunia. Selamat Hari Lahir, Pak Samad.

No comments: