Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Thursday, April 23, 2009

Petua Dapat Anak

.
Seseorang mengirim emel tentang cara mendapat anak. Segera saya teringat kepada seorang penulis wanita yang sangat kepingin anak, dan rezeki masih belum berpihak kepadanya walaupun sudah bertahun menunggu detik manis itu. Saya turut bersimpati setiap kali membaca karyanya seputar keresahan itu; sungguh seseorang penulis kadangkala dan sering pula menuangkan resah peribadi ke dalam cangkir karya sendiri.

Semoga petua ini memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Ramuannya:
3 ulas bawang jantan, 1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan. Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman.

Saya akan cadangkan petua ini kepada bonda saya juga. Saya teringin seorang lagi adik lelaki. Harap bonda sudi mengandungkan anak ke-13. Ayahanda saya baru sebaya Pak Samad. Dan dia selalu kata, "orang lelaki sebaya dia umpama emas sepuluh."

Saya juga sarankan kepada rafik, agar sama-sama mengamalkan petua ini. "Boleh ke, untuk anak dara?"

"Dah itu petuanya, bukan susah pun." Saya teruja. "Tapi bawang jantan aku tak tahu, itu yang susah nak cari. Kalau jantan tu, ramailah."

"Susah jugalah..." Rafik mencuka.


2 comments:

nanyrazaly said...

senang jer nak cari bawang jantan tu..suruh jer mana-mana jantan keberet genggam bawang lama-lama..nanti jaadilah bawang jantan..siap tambahan tu..bawang jantan keberet..hahaha

rozais al-anamy said...

nanyrazaly,
kalau dah namanya kabaret, buat apa nak jadikan bapa kepada anak, baik terus doakan jantan kabaret itu agar mandul selamanya, supaya tak bersepah anak-anak daripada zuriat kabaret atas muka bumi yang dah nazak ni.