Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, April 14, 2009

rindu, rasa, dedaun, jiwa

.

RINDU
(www.gurindamjiwa08.blogspot.com)

Tatkala penambat dibuka, bahtera gelungsur pergi
sayup dan hilang, telan kabus dada samudera
demikianlah makna rindu, dermaga dan bahtera
hanya samudera menghubung dua pada satu rasa

Tatkala gerimis luruh, pagi pun senyum
desir bayu membelai dedaun, titik pun jatuh
bak berlian dipancar mentari, berseri
rindu bertaup ketika begini, tidak terperi.

Tatkala pena menari, tinta tinggalkan jejaknya
syair di kelopak jiwa berbunga satu demi satu
rindu mengirimkan desir alam pada malam
sepi yang ranum begitu ramah, memberi salam.

Rindu kita umpama novel tiada penamatnya
pada angur-angur cinta di aspal jiwa, biarlah
kita sama-sama diikat rasa yang sama
nikmatnya rindu biarpun cukup menyeksa.

4 comments:

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam petang,

jujurnya, kenapa aku dipanggil "Zek" (?) ...

bukankah apabila memanggil seseorang itu perlu atas keizinan tuannya (?) ...

Salam.

rozais al-anamy said...

Zek,
Sejujurnya, saya memanggilnya dengan gelar itu berdasarkan rasa. Dan saya fikir saya berhak memanggilnya, kerana saudara tidak pernah memaklumkan bahawa saudara tidak boleh digelar sedemikian nama. Namun jika saya terlepas pandang, maafkan saya dan saya sudi menariknya balik. Dan jika tak pernah saudara nyatakan larangan itu, saya akan terus dengannya.

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam hampir senja,

panggilkan aku sebagaimana bondaku memanggilkan namaku - "Zul". itu aku kira kamu menghormati diriku ini ...

Salam.

rozais al-anamy said...

Zek,
Salam maghrib. Nanti saya minta bonda saudara pun memanggilnya Zek, atau saya minta izin daripadanya untuk memanggil nama itu.

Itu saya kira lebih menghormati saudara, dan 'rasa' saya juga.