Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Saturday, April 25, 2009

Semalam Yang Pulang

.
Semalam, saya sepatutnya pulang ke kampung. Saya sudah niatkannya sejak di kota batu lagi. Hari terakhir di sana pun bonda masih menelefon saya, bertanya lama lagikah saya mahu bertapa di sana. Bonda seakan tidak percaya pada saya, katanya saya sekejap di Rembau, kemudian bila telefon hari berikutnya saya jawab saya di bumi Hang Tuah. Di mana sebenarnya? Bonda, saya ada kaki! Kalau saya jawab begitu tentu bonda sangka saya merajuk kerana ayahanda pulang awal dari kota batu dan meninggalkan saya di sana.

Hingga hari ini, bonda tak menelefon saya lagi. Mungkin dia sudah kecewa dengan jawapan saya. Sedang saya tahu hati bonda sedang meronta inginkan saya pulang. Bonda tahu saya suka main tarik tali dengan dia. Ayahanda awal-awal lagi berdiam diri, dia tahu sangat jiwa saya. Hajat ayahanda, saya tahu; lebih besar hajatnya daripada niat bonda. Cuma selepas ayahanda tinggalkan kota batu untuk segera pulang ke kampung selang sehari sebelum ketibaan saya, ayahanda memilih tidak bersuara.


Ayahanda dan bonda, sebenarnya anakanda rindu untuk bercanda di pantai sana. Tunggulah, anakanda akan pulang jua, apabila tiba masanya. Sekarang anakanda sedang berperang dengan jiwa.

Noble Art Creation

8 comments:

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam malam,

"cantik pose dalam foto-foto berlatarkan pantai"

memang kamu sukai benar pantai(?).

rozais al-anamy said...

Zek,
Salam kembali.
Bukan suka. Tapi sangat-sangat cinta.

ZULKIFLI MOHAMED said...

Kenapa terusan aku "menjadi Zek" (?),

tuliskan aku suatu puisi tentang pantai, bagi menggambarkan "cinta" itu ...

rozais al-anamy said...

Zek,
Saya sudah minta daripada bonda. Katanya itu sudah takdir saudara digelar begitu oleh saya.

Nanti saya bayar harga nama saudara dengan sebuah puisi tentang laut dan pantai.

ZULKIFLI MOHAMED said...

Baiklah, aku tunggu "sajak pantai" kamu itu ...

"tuliskan yang terbaik".

rozais al-anamy said...

Zek,
Saya janji, dan insya Allah saya akan tunaikan jika masih diberikan nyawa.

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam pagi,

rupa dan layar atas blogmu telah lain hari ini, "lautan lagi" ...

boleh aku melihat-lihat sama blogmu yang satu lagi (?), jika diberikan keizinan olehmu.

rozais al-anamy said...

Zek,
Salam petang.
Saya memang sangat rindukan pantai.

Bukan masanya lagi saya membuka "aku dan kenangan". Mungkin suatu hari nanti.