Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Sunday, April 26, 2009

Masih Ganu Kite

.
Hari ini bonda telefon lagi. Di mana sekarang? Saya teragak-agak untuk jawab, dah di Padang Embun! Mmm, ingatkan turun di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, saya dengar keluhan bonda. Saya tahu apa bonda fikir, sudah tentu dia hairan kenapa saya tidak mahu mendarat di LTSM dan selalu memilih Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Apa sangatlah yang disayang pada orang sini, lebih-lebih lagi sewaktu isu keruk garfu di dada isteri sedang panas; dan isu rusuhan kalah bola lawan "orang nogori". (Itulah, gedebe sangat! Orang Batu Enam tak pernah lupa isu rampas basikal dan lempar ke sungai Kelantan berdekad dulu. Ambik kau!).


Sabar bonda, saya belum tukar status warga negeri, walaupun rakan di Jabatan Pendaftaran Negeri berkali-kali pujuk saya tukar alamat Pasir Mas. Anakanda istiqamah, Batu Enam tetap dalam kad pengenalan (kalaulah bonda tahu sewaktu dia telefon ini saya sedang menempah tiket penerbangan KBR-KL-KBR untuk bulan depan, sudah pasti terus bonda naik sawan).

Ayahanda di sisi bonda, saya dapat dengar suaranya. Seolah-olah suara dalam iklan "Jah tak apa-apa, bang!" Saya beri jaminan pada ayahanda, esok sempena hari lahir "dia", saya akan telefon dan dapatkan kepastian. Kalau saya kata saya akan ke utara, tentu terus sembuh gering ayahanda!

2 comments:

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam petang RAA (aku singkatkan sahaja nama panjangmu ini),

moga tidak "dimurkai",

dalam catatan ini ada nama tempat bernama "Batu Enam",

maka persekitarannya tiadalah jauh dengan laman kampung kelahiran bonda aku - "Padang Hangus, Tepoh" ...


kenapa "tercampak hingga ke seberang negeri" (?).

rozais al-anamy said...

Zek,
Salam hujung pagi.
Terima kasih atas nama yang saya suka itu. Kreatif sungguh kau, Zek.

Sewaktu pulang ke Batu Enam semalam, saya wajib melalu Tepoh, tapi sebelum ini belum pernah dengar nama Padang Hangus.

Saya sengaja mencampakkan diri ke negeri Cik Siti atas nama "hijrah".