Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, April 28, 2009

Kejutan Pagi Isnin

.
Awal pagi semalam, bonda telefon saya. Panggilan daripada bonda pada hari Isnin sentiasa membuatkan saya resah dan gelisah, berdebar-debar rasa bagai mahu terlepas jantung daripada tangkainya. Alunan "My Heart Will Go On" saya biarkan lama sedikit, supaya degupan jantung sedikit stabil. Bonda memaklumkan yang ayahanda amat lemah, sudah beberapa hari menyebut nama saya. Bonda dalam sedu minta saya pulang sesegera mungkin.
.
Saya melompat dari ranjang, dan terus bersiap. Saya ada setengah jam untuk sampai ke Stesen Bas Jalan Hamzah. Sampai lewat tiga minit, bas jam 8.00 baru sahaja berlepas. Aduh! Kerani bertugas minta saya kejar bas di Stesen Bas Kota Bharu, atas nasiblah sebab bas tersebut tidak boleh tunggu lama di stesen. Saya minta Paknik pecut, Cik di sebelah tidak habis-habis berdoa. Syukur, bas baru sahaja bergerak; dan saya sempat melambai pemandunya. Nasib baik dia mahu ambil kami. Siap bagi diskaun lagi. Hapus penat lelah saya lari kejar bas. Saya hampir terlepas kampung kerana asyik menonton "Jurassic Park". Walaupun dalam keasyikan, saya masih tidak dapat lupakan rasa bersalah saya kerana tidak memaklumkan dua orang teman tentang perjalanan ke kampung sebagaimana janji saya kepada mereka sebelum ini.
.
Sampai di rumah, saya lihat ayahanda sedang cabut janggut. Saya menyalaminya, dan dia sengih, terkejut tengok saya sudah sampai. Apabila bonda pulang dari pasar, tanpa saya tanya terus bonda bersuara - katanya tadi ayahanda memang amat letih. Tak sangka pula tiba-tiba macam ini. "Betul, tadi memang tak gamak tengok dia." Saya tahu apa yang bermain di fikiran bonda. Saya sebenarnya mahu tergelak tengok reaksi bonda dan ayahanda tatkala mereka dengar cerita saya dan rafik kejar bas. Sesungguhnya, saya memang mahu menduga hati orang tua-tua. Yang sebenarnya, saya mahu saja cakap "Hey, i'm your daughter!"

Sunday, April 26, 2009

Masih Ganu Kite

.
Hari ini bonda telefon lagi. Di mana sekarang? Saya teragak-agak untuk jawab, dah di Padang Embun! Mmm, ingatkan turun di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, saya dengar keluhan bonda. Saya tahu apa bonda fikir, sudah tentu dia hairan kenapa saya tidak mahu mendarat di LTSM dan selalu memilih Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Apa sangatlah yang disayang pada orang sini, lebih-lebih lagi sewaktu isu keruk garfu di dada isteri sedang panas; dan isu rusuhan kalah bola lawan "orang nogori". (Itulah, gedebe sangat! Orang Batu Enam tak pernah lupa isu rampas basikal dan lempar ke sungai Kelantan berdekad dulu. Ambik kau!).


Sabar bonda, saya belum tukar status warga negeri, walaupun rakan di Jabatan Pendaftaran Negeri berkali-kali pujuk saya tukar alamat Pasir Mas. Anakanda istiqamah, Batu Enam tetap dalam kad pengenalan (kalaulah bonda tahu sewaktu dia telefon ini saya sedang menempah tiket penerbangan KBR-KL-KBR untuk bulan depan, sudah pasti terus bonda naik sawan).

Ayahanda di sisi bonda, saya dapat dengar suaranya. Seolah-olah suara dalam iklan "Jah tak apa-apa, bang!" Saya beri jaminan pada ayahanda, esok sempena hari lahir "dia", saya akan telefon dan dapatkan kepastian. Kalau saya kata saya akan ke utara, tentu terus sembuh gering ayahanda!

Saturday, April 25, 2009

Semalam Yang Pulang

.
Semalam, saya sepatutnya pulang ke kampung. Saya sudah niatkannya sejak di kota batu lagi. Hari terakhir di sana pun bonda masih menelefon saya, bertanya lama lagikah saya mahu bertapa di sana. Bonda seakan tidak percaya pada saya, katanya saya sekejap di Rembau, kemudian bila telefon hari berikutnya saya jawab saya di bumi Hang Tuah. Di mana sebenarnya? Bonda, saya ada kaki! Kalau saya jawab begitu tentu bonda sangka saya merajuk kerana ayahanda pulang awal dari kota batu dan meninggalkan saya di sana.

Hingga hari ini, bonda tak menelefon saya lagi. Mungkin dia sudah kecewa dengan jawapan saya. Sedang saya tahu hati bonda sedang meronta inginkan saya pulang. Bonda tahu saya suka main tarik tali dengan dia. Ayahanda awal-awal lagi berdiam diri, dia tahu sangat jiwa saya. Hajat ayahanda, saya tahu; lebih besar hajatnya daripada niat bonda. Cuma selepas ayahanda tinggalkan kota batu untuk segera pulang ke kampung selang sehari sebelum ketibaan saya, ayahanda memilih tidak bersuara.


Ayahanda dan bonda, sebenarnya anakanda rindu untuk bercanda di pantai sana. Tunggulah, anakanda akan pulang jua, apabila tiba masanya. Sekarang anakanda sedang berperang dengan jiwa.

Noble Art Creation

Biarkan September Berlalu

.
Kata teman jiwa, tidur itu salah satu escapism. Saya akui, memang benar. Dan saya ingin tidur, sehingga ke suatu masa, biar masa tersebut berlalu begitu sahaja, kecuali Tuhan menggerakkan saya, sebelum atau selepasnya. Semoga jiwa saya dapat berehat sepuasnya, dan melupakan segala kehilangan.


Summer has come and passed/The innocent can never last/Wake me up when September ends

Like my fathers come to pass/Seven years has gone so fast/Wake me up when September ends

Here comes the rain again/Falling from the stars/Drenched in my pain again/Becoming who we are

As my memory rests/But never forgets what I lost/Wake me up when September ends

Ring out the bells again/Like we did when Spring began/Wake me up when September ends

Friday, April 24, 2009

Langit dan Bumi (Search)

.
Setiap hari Jumaat, saya jadi suri. Sambil seterika baju, saya layan lagu. Dari dalam kamar, saya lihat sawah padi menghijau, bertemu dengan langit yang mula gelap mahu hujan. Hijau bertemu biru.

Lagu ini sesuai menggambarkan suasana alam dan jiwa sekarang.




Ku dongak ke langit/Aku tunduk ke bumi/Di hadapan bersatu/Di hujung sana nampak/Mesra manja bak sehati sejiwa/Tapi sebenarnya jauh/Beribu batu tak pernah bertemu/Seperti cinta kita/Hanya indah di mata/Hakikatnya berbeza/Hati kita kini/Bagai langit dan bumi.

Aku Dan Kenangan

.
Malam tadi saya, rafik dan seorang kenalan menikmati mi rebus Kampung Pek, bersebelahan Abah Kopitiam. Kata kenalan itu, dia dengar mi Kampung Pek sangat popular, dia ingin rasa. Maka dari rumah kami, dia memandu ke Salor semata-mata ingin memenuhi keinginan tersebut. Saya tidak pelik kerana lazimnya lelaki sanggup memandu jauh semata-mata ingin menikmati menu yang diidamkan. Nasib baik kedai tersebut buka malam Jumaat, namun Abah Kopitiam pula tutup, saya kira memang tutup untuk selamanya. Biasalah kalau orang kaya berniaga secara hobi.

Hampir jam sebelas kami beredar. Rakan saya tidak mahu terus pulang, dia masih mahu ronda-ronda. Kami akur, memang sudah lama kami tidak buat "kerja" begitu. Dia buat pusingan 360 darjah, beberapa kali melintasi rumah kami, macam peronda lebuh raya pula. Akhirnya menuju ke Sri Tujuh sambil layan lagu-lagu evergreen koleksi beliau. Saya diam menghayati lagu ini.


Sampai di rumah jam 12.00 tengah malam. Langit terang penuh bintang, tak pernah saya lihat sebanyak itu. Namun di jiwa, gelap gelita.

Thursday, April 23, 2009

Petua Dapat Anak

.
Seseorang mengirim emel tentang cara mendapat anak. Segera saya teringat kepada seorang penulis wanita yang sangat kepingin anak, dan rezeki masih belum berpihak kepadanya walaupun sudah bertahun menunggu detik manis itu. Saya turut bersimpati setiap kali membaca karyanya seputar keresahan itu; sungguh seseorang penulis kadangkala dan sering pula menuangkan resah peribadi ke dalam cangkir karya sendiri.

Semoga petua ini memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Ramuannya:
3 ulas bawang jantan, 1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan. Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman.

Saya akan cadangkan petua ini kepada bonda saya juga. Saya teringin seorang lagi adik lelaki. Harap bonda sudi mengandungkan anak ke-13. Ayahanda saya baru sebaya Pak Samad. Dan dia selalu kata, "orang lelaki sebaya dia umpama emas sepuluh."

Saya juga sarankan kepada rafik, agar sama-sama mengamalkan petua ini. "Boleh ke, untuk anak dara?"

"Dah itu petuanya, bukan susah pun." Saya teruja. "Tapi bawang jantan aku tak tahu, itu yang susah nak cari. Kalau jantan tu, ramailah."

"Susah jugalah..." Rafik mencuka.


Wednesday, April 22, 2009

Mimpi Kita



Kata Azmi, kita diberi duka kerana Tuhan mahu kita merasai apa erti bahagia. Katanya juga, dia pasti selepas ini saya tak akan menangis lagi. Saya aminkan kata-katanya, semoga kata-katanya itu dilayangkan kepada Tuhan dengan segera, dan dimakbulkan oleh-Nya.

Saya pilih lagu wajib saya ini, moga hari penting ini memberi saya nafas baru dalam menghadapi hari seterusnya.

MASK OF ZORRO
(I Want To Spend My Life Time Loving You)

Moon so bright, night so fine
Keep your heart here with mine
Life's a dream we are dreaming

Race the moon, catch the wind
Ride the night to the end
Seize the day, stand up for the light

I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do

Heroes rise, heroes fall
Rise again, win it all
In your heart, can't you feel the glory?

Through our joy, through our pain
We can move worlds again
Take my hand, dance with me

I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I will want nothing else to see me through
If I could spend my lifetime loving you

Though we know we will never come again
When there is love, life begins
Over and over again

Save the night, save the day
Save your love, come what may
Love is worth everything we pay

Rindu Padang Embun

.
Syukur, Tuhan masih beri saya kesempatan untuk menjejak bumi Padang Embun pangkal pagi ini. Cuaca amat baik sekali sewaktu saya bertolak dari Meru, jam 7.11 malam. LCCT sudah berubah wajah, tidak seperti pertama kali saya jejakinya.

Saya lihat Azmi sudah terpacak di suatu sudut di Balai Berlepas. Saya meluru ke kaunter daftar masuk, sempat menggamit Azmi. Seseorang menghampiri, saya hanya sempat sengih. Kami hanya sempat berbual setengah jam kurang lebih di ruang legar. Terima kasih kalian berdua, saya amat menghargainya. Maafkan jua, kalian terpaksa menunggu hampir sejam di sana. Berkat kedatangan kalian, masa penerbangan dipendekkan sepuluh minit. Cuma sedikit kekesalan kerana tidak dapat menumpukan masa terluang itu oleh gangguan khidmat pesanan ringkas yang datangnya dari seseorang yang saya kira sedang kacau jiwanya. Saya doakan dia diberi ketenangan.

Kata Azmi, tak payah tulis entri lagilah sebab dah jumpa. Hey, mana boleh!

Tuesday, April 21, 2009

Hujan Pagi

.
Malam tadi mengantuk sangat. Saya berziarah ke rumah saudara mara rafik dengan mata separuh terpejam. Pulang ke rumah makcik hampir jam 12.00 tengah malam, saya terus tidur pulas. Saya hanya tersedar sebaik terdengar igauan rafik di sisi, dia mimpikan "pocong" digantung terbalik di depan mata. Saya terfikir sejenak, ajal saya sudah sampaikah?

Makcik tanya kami yang masih membuta, mahu makan apa untuk sarapan? Saya cepat-cepat sahut, tak suka nasi lemak sebelum rafik yang hantu nasi lemak daun pisang cadangkan menu tersebut. Balik dari kedai, makcik mengeluh, kebanyakan kedai tutup. Mungkin sebab hujan lebat malam tadi. Hah, hujan? Ya, jawab makcik. Lebat sangat. Ya Allah, macam mana saya tidak sedar hujan turun.

Saya rasa bersalah pada seseorang apabila saya rasa musykil tatkala membaca khidmat pesanan ringkasnya, jam 07:04 AM - Dingin hujan pagi, hangatnya cintaku kepadamu. Saya berbisik dalam hati; hujan konon, malam tadi aku panas nak pengsan. Hujan buat sendiri kah? Cik, betulkah hujan pagi tadi?

Ya, kenapa?
Tak ada apa.

Han, maafkan saya kerana curiga.

Monday, April 20, 2009

Kunci

.
Saya merayau di alam maya pada pangkal pagi April 20, 2009. Pagi di sini tidak dingin, entahlah di Padang Embun. Saya mengharapkan qutrin, walaupun setitis, buat menghilangkan bahang di jiwa dan raga.

Terserempak kata-kata ini di sebuah blog, saya teringat kisah kunci cawat besi yang hilang. Lagi-lagilah sewaktu mentari di kota batu yang seolah-olah tidak mahu menarik jemari sinarnya, walaupun bulan sedang mengerling.

"Tentu cepat-cepat cari kunci, bukan apa, sebab kepanasan." Makcik saya cubit paha. Ketawa kami pecah. "Balik esoklah." Dia pujuk saya Maghrib tadi. "Tak boleh, saya kena balik untuk tempah kunci sebelum September." Makcik saya cubit lagi paha. Saya cepat-cepat masuk kereta.

My Heart Is Yours

My heart to you is given
Oh, do give yours to me
We'll lock them up together
And throw away the key.

(www.gurindamjiwa08.blogspot.com)
17 April 2009

Sunday, April 19, 2009

Melangkah Lagi

.
Tengahari, saya menerima khidmat pesanan ringkas dari Kuala Pilah, bertanyakan tentang seseorang. Tahun ini saya benar-benar mengerti akan kejujuran dan pengorbanan.

Dari Setiawangsa, dihantar Zul, sepupu yang sudah berpuluh tahun tidak ketemu. Meru sudah banyak berubah, namun kenangan tetap segar.
.

Saturday, April 18, 2009

Gemini Lagi

.
Azmi telefon. Katanya saya mahu cakap dengan Azmi atau Jemie Kebah. Cepat saya jawab, "nak Azmi". Kami ketawa. Bila hari lahir awak, dia beritahu saya satu tarikh.. aduh, Gemini lagi! "Kenapa", tanya Azmi. "Tak apa, dah takdir," pintas saya.
.

Friday, April 17, 2009

Menyimpul Keputusan

.
Peningnya! Biar saja kuhirup hanyir sungai bumi bersejarah.

Melaka River Cruise
(20:44:02)
.

Thursday, April 16, 2009

Cinta Gila

.
Hari ini saya teringat pada seorang teman, DJ Manis FM. Saya selalu hantar khidmat pesanan ringkas untuk tuju lagu, walaupun saya tahu slot dia bertugas bukan untuk tuju lagu. Tapi dia tidak pernah hampakan saya, dan saya senyum setiap kali dia putar lagu permintaan saya. Lebih-lebih lagi bila dengar dia cakap "Here we go!" Saya suka suara 'jantan'nya.



Ku ke kiri kau ke kanan/Ku di belakang kau di hadapan/Bila ku marah engkau ketawa/Dengan selamba engkau berkata/Kita berdua jauh berbeza/Langit dan bumi tapi serasi/Ku cintaimu kau cintaiku/Itu saja yang perlu kau dan ku tahu

Kuharap bicara cinta/Kau cerita tentang bola/Ku ingin bersiar-siar/Dikau baca surat khabar/Bila ku terus keluar/Kau tertidur tidak sedar/Ku pulang rumah jam tiga/Kau pula cemburu buta

Sepelik-pelik manusia/Oh! Dikau mengatasinya/Dan mungkin ku juga gila/Kerana masih bersama/Tapi mungkin kerana itu/Ku tertarik kepadamu/Biarlah orang mengata/Cinta kita cinta gila

From Seremban With Love

Wednesday, April 15, 2009

Gerimis Pagi

.
Bertolak dari Padang Embun jam 7.00 pagi, hujan renyai mengiringi. Jalan pula macet. Tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 7.50 pagi, terus daftar masuk dan tergesa-gesa ke balai berlepas. Namun kapal terbang hanya berlepas jam 8.50 pagi, 25 minit lewat dari yang dijadualkan. Terpaksa berjalan dalam gerimis. Biarpun dibekalkan payung, gerimis sempat menjamah jiwa.
.

Tuesday, April 14, 2009

Mohon Cuti

Kepada semua tetamu, dimaklumkan bahawa saya tidak akan mengemaskini teratak ini buat beberapa hari bagi menghormati pemergian teman jiwa saya yang akan ke Dubai.
Saya juga berdukacita atas dua berita yang amat menyesakkan jiwanya; keadaan ayahanda tercintanya yang sedang tenat, dan dalam menerima berita itu dia juga mener
ima keputusan yang mengoyakkan seluruh jiwanya daripada orang yang disayang.

Pesan saya padanya - jiwa ini gembira bila melihat dirimu senyum dan ketawa. Aku tidak sanggup melihat dirimu menangis lagi. Kebahagiaan dirimu amat penting bagiku, walau dalam apa jua keadaannya. Aku selalu berdoa untuk itu. Tiada yang lebih indah bila aku mampu melihat senyumanmu dan bila aku melihat senyumanmu, itulah kebahagiaanku.

Semoga dia selamat pergi dan selamat kembali.


Moga ketemu lagi,
make yourself at home sepanjang ketiadaan saya di teratak ini.

Salam ingatan selalu,

Rozais Al-Anamy

Padang Embun

rindu, rasa, dedaun, jiwa

.

RINDU
(www.gurindamjiwa08.blogspot.com)

Tatkala penambat dibuka, bahtera gelungsur pergi
sayup dan hilang, telan kabus dada samudera
demikianlah makna rindu, dermaga dan bahtera
hanya samudera menghubung dua pada satu rasa

Tatkala gerimis luruh, pagi pun senyum
desir bayu membelai dedaun, titik pun jatuh
bak berlian dipancar mentari, berseri
rindu bertaup ketika begini, tidak terperi.

Tatkala pena menari, tinta tinggalkan jejaknya
syair di kelopak jiwa berbunga satu demi satu
rindu mengirimkan desir alam pada malam
sepi yang ranum begitu ramah, memberi salam.

Rindu kita umpama novel tiada penamatnya
pada angur-angur cinta di aspal jiwa, biarlah
kita sama-sama diikat rasa yang sama
nikmatnya rindu biarpun cukup menyeksa.

Monday, April 13, 2009

Srikandi Hati

.
Maaf puan,
aku tak sempat melafaz salam sayang
untuk si kecil yang baru mengenal erti juang
kerana kita terpaksa bergegas pergi
menghadapi duga dan jerkah mentari.

Salam puan,
moga kita ketemu lagi
menunggu fajar menyinsing
dan menghantar senja pergi.

Padang Embun (pagi: 6.39:15)

Rindu

.
Rindu
berpautan di tangkai hati
bagai mutiara dari langit
yang bergayutan di hujung rerumput
seusai hujan.

Saturday, April 11, 2009

Jejak dan Tanda

.
Usah tinggalkan terlalu banyak jejak dan tanda
pasti aku tahu kau ke mana,
namun tinggalkanlah sepasang jejak
supaya nanti kutahu kau pernah hadir di sana
dan sebuah tanda
agar kufaham bahawa kita pernah bersama.

Maryam Isabella
Jalan Pasir Pekan
Januari 10, 2009 (petang: 1:36)

Jika Kau Memilih Pergi

.

Seandainya kau memilih pergi
bawalah jiwaku sekali
kerana aku tidak memerlukannya lagi.

Thursday, April 09, 2009

Salam Ulangtahun Keputeraan Ke-74


Sepatutnya saya siarkan entri ini jam 12.00 tengah malam tadi atau awal pagi ini. Dan saya telah memikirkannya seminggu lalu, namun kerana teknologi pun ada kelemahannya, saya terpaksa akur kepada keadaan. Petang ini barulah saya berpeluang menulis sesuatu untuk seorang insan yang amat berjasa kepada saya, lebih-lebih lagi pada awal pembabitan saya di taman sastera.

Dan setelah melalui petang semalam yang cukup mengecewakan, saya cuba mengenang buah bicara Pak Samad sewaktu kami sama-sama menumpangi sebuah bas ke suatu tempat. Pak Samad di sebelah sempat menitipkan bicara penuh hikmah, yang membuatkan saya akan segar kembali setiap kali hampir putus asa dengan kerenah manusia seputar dunia sastera. Saya masih ingat kata beliau- jangan jadi penulis lima tahun saja. Saya masih ingat pesan itu.

Semoga "sunnatan hasanatan" berbentuk mutiara kata yang dikalungkan pada jiwa saya itu terus-terusan jadi penguat semangat, dan saya doakan semoga beliau sejahtera dan memperolehi kebahagiaan di dua dunia. Selamat Hari Lahir, Pak Samad.

Senja di Stesen

.
Semalam saya benar-benar kecewa. Pengesahan yang saya dengar daripada mulut Zakir benar-benar buat saya geram pada orang politik. Nasib baik kemarahan Zakir itu manis di gegendang saya. Dan saya suka dengar kata Zakir, "ha, tahu pun...".

Tak guna saya marah-marah. Bukan begitu, Zakir? Baik saja saya tulis entri yang tak ada kena-mengena dengan kekecewaan kita.

Tadi sepotong mentari jatuh di pintu kuala
sepotong lagi di puncak gunung, di sana
dan malam akan berwarna biru
dihujani cahaya purnama yang sarat pilu.

Aku mencari desir angin mengintip
dalam kelam gelita senja yang larut
menanti suara jauh seberang sana
deru angin berkecamuk, sayap kaca
rama-rama itu pecah di depanku.

Terima kasih,
kau tetap bersama aku di stesen ini
dalam gelita siang yang pecah mentarinya
dan biru malam dek purnama berduka
kita meneruskan langkah, memaknakan tabah
dari tertib atur ujian Tuhan yang satu

Moga esok tidak kelam, biar malam
sepotong mentari pasti bercahaya, aku percaya
kita menunggu kereta api melewati senja
sepasang tiket tergenggam di tangan kita..

Terima kasih kepada GJ kerana mengizinkan saya
memetik sajak ini untuk ditanam di laman saya.

Friday, April 03, 2009

Langit dan Bumi

.
Kata Langit: Cinta itu memiliki dan dimiliki (selamanya)
Kata Bumi: Cinta itu pengorbanan (petang: 2.20, April 3, 2009)

Hari ini cuba kufaham
erti perjuangan
dan mengelak peluru takdir.

Kataku: Aku sayang kamu
Katamu: I hate u so much

(Satu kisah dalam wayang kulit versi moden)

Thursday, April 02, 2009

Love Will Lead You Back (Diane Warren)

.
Saying goodbye is never an easy thing
But you never said, that you'd stay forever
So if you must go
Well, darling, I'll set you free
But I know in time
That well be together
Oh, I wont try
To stop you now from leaving
Cause in my heart I know

Love will lead you back
Someday I just know that
Love will lead you back to my arms
Where you belong
I'm sure, sure as stars are shining
One day you will find me again
It wont be long
One of these days
Our love will lead you back

One of these nights
Well Ill hear your voice again
You're gonna say, oh, how much you miss me
You walked out this door
But someday you'll walk back in
Oh, darling I know
Oh, I know this will be
Sometimes it takes, sometime out on your own now
To find your way back home.