Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, March 17, 2009

Keretapi Senja


Mac 16, 2009 senja,

melihat gerabak
demi gerabak keretapi

meluncur di landasan
hadapan Masjid Slow Machang,

menuju ke bandar Pasir Mas.



Tatkala desir angin senja mengiringi mentari beradu
kupancar sinar mata yang kian pudar ke kaki langit kelabu
gerabak keretapi terakhir yang makin menjauh
adalah teratak temu kita yang bakal roboh.

Pancaran mataku yang pernah menjamah mindamu
kini terpadam oleh sinar cahaya ketentuan
sebuah ceritera takdir penghujung tahun
noktahnya tercatat di halaman kenangan.

(Terima kasih pada sinar rembulan Khamis, Mac 12, 2009
yang menyuluhi catatan takdir sebuah perpisahan

tatkala mataku keliru menyusuri imbasan pertemuan.)


Kamar Pilu
Mac 17 , 2009 (dinihari: 2.30)

2 comments:

nil said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

Kanda Zaidi,
Gambar matahati yang menghiasi Keretapi Senja itu tetap akan bersemadi dalam teratak Setitis Tinta Dalam Lautan Aksara, sepertimana kekalnya gambar kanda di sana. Akan kekal selamanya ia.