Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Wednesday, July 22, 2009

Puisi Tatkala Menunggu Gerhana

.
Puisi ini kupinjam dari remang senja, kelmarin
di pantai cahaya bulan menunggu tiba, gerhana
garis langit kian pudar, laut kelam
kubaca pada rintik malam yang terbias, hari ini
setelah pelangi patah sebelum gelita
dalam harum meranti dan melur di laman,
anggerik di belakang basah tertimpa hujan
kutitipkan karangan aksara lagu jiwa
pada mentari yang mungkin esok ceria.

Kataku, tak mungkin pelangi patah
oleh tabrakan lelayang, atau camar yang mendesah
katakanlah saja, malam cemburukan ia.

Katamu, pelangi petang pergi jua
setelah menghias langit jiwa
dengan iringan rindu membara.

Kamar Rasa
Julai 21, 2009 (larut malam: 11.59)

4 comments:

miss oren said...

wah,,gambar itu sungguh menggiurkan..dengan menggunakan SLR

rozais al-anamy said...

miss oren,
Gambar memanglah, tapi masa tunggang kuda itu lagi menggiurkan. Apatah lagi kalau dapat pecut. Tapi sayang hanya kuda padi, tanpa pelana.

Kalau miss oren ingat, pernah dulu kuda selalu cuba naik ke beranda rumah, masa sedang bersembang adik-beradik. Dan saya selalu dikejar kuda sebab selalu ajuk ringkikan mereka.

miss oren said...

dan kalau RAA ingat saya pernah terkena badi kuda sewaktu kecil2 dahulu...
bunyi macam kuda
muahahaha

rozais al-anamy said...

miss oren,
o,iye? tak ingat pula yang itu. mungkinlah, sebab masa itu di kampung kuda ada merata. yang sakit hati habis pucuk pisang mereka makan.