Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Monday, July 06, 2009

Jejak Kenangan

.
(Tapak kanan di cermin depan kereta, di Jalan Pasir Pekan, malam kelam.
Terima kasih, In kerana sentiasa membenarkan aku berkeadaan begitu.
Dan terima kasih kepada dia,
yang mengangguk ketika kuminta izinnya, suatu ketika,
melunjurkan kaki separas dadanya.
)

Malam ini aku jadi pekak pada lengking takdir
biarlah ia memanggilku dari belakang
tak akan aku berpaling, walau sejenak
aku tidak ingin mengatur tapak dan jejak -
biar ia berakhir di dada langit yang pasi.

Aku bukanlah sungai yang melepas lelah,
merebah tubuh di rumah laut, setelah hujan perih
berkurun menyongsong arus kenangan ke muara -
segara tetap masin airnya.

Taman Kenangan

2 comments:

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam RAA,

"puisi kamu sentiasa 'berbaur perasaan yang pilu' dan lautan tetap 'terpegang' sebagai imejnya",

"kenangan yang tersusun dalam kata, kadangnya melepaskan sebahagian diri penulisnya";

"adakah kamu bersetuju dengan pandangan di atas (?)" ...

rozais al-anamy said...

Zek,
Sangat setuju. Banyak ketika apa yang ada di jiwa diterjemah dengan aksara.