Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, March 16, 2010

Cerai Kerana Facebook

.
Mula-mula saya tidak percaya tentang laporan kawan blogger yang mendedahkan tentang kesan negatif Facebook. Menurut laporan yang diperolehi melalui kajian tentang FB, ramai pasangan yang berpisah kerana pasangan yang curang, dan segala macam onar yang berpunca dari laman sosial yang semakin digilai pelbagai lapisan masyarakat. Sesibuk manapun seseorang itu, masih sanggup mengorbankan masa semata-mata tidak mahu ketinggalan zaman atau dicop jakun.

Namun sebaik mengetahui ada pasangan yang rumahtangganya bagai retak menunggu belah tidak sampai sehari mendaftar dengan FB, saya mula yakin; FB berjaya dengan rancangannya.

4 comments:

marjans said...

kadang-kadang kita tidak ada tujuan kenapa kita sertai fb maka mudah sesuatu pekara yang tak dingini berlaku

rozais al-anamy said...

marjans,
kita terlalu banyak disogok dengan budaya konsumerisme. cerdik pandai pun ramai terpedaya. waktu awal kemunculan komputer dulu pun, serta era gadjet, ramai yang sakit jiwa kerana malu justeru tidak arif dengan teknologi baru.

kadangkala kejakunan dalam sesetengah perkara boleh menyelamatkan diri daripada fitnah alam siber.

semalam, saya bersembang dengan seorang rakan, dia baru sahaja mendapat berita tiga pasangan muda, berpelajaran dan bergaji tinggi bercerai-berai kerana fb. kesemua kes berpunca daripada pasangan yang merujuk semula kekasih lama yang ditemui dalam fb.

itu saya kira salah satu kejayaan fb dalam misinya melonggar dan meruntuhkan institusi kekeluargaan.

nil said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

jurnal alam,
banyak terbukti niat yang baik sahaja tidak cukup untuk sesuatu hasil kebaikan, kecuali ia disertai tingkah laku dan cara yang baik juga.

kerana itu juga manusia sentiasa kena diberi peringatan kerana kealpaan.

kita boleh saja mencuba untuk dilambung ombak, tetapi jangan sombong memaklumkan kepada pengawal pantai bahawa kita tidak pandai berenang.

cerdik pandai pun ramai yang jadi mangsa, apatah lagi yang mendaftar tanpa ilmu dan hanya mencari keseronokan setelah lama kesepian.