Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Sunday, May 31, 2009

Ironis Sungguh

29 Mei lalu, genaplah umur Utusan Melayu yang ke-70. Muda dua tahun daripada usia ayahanda saya. Tahniah kerana dapat bertahan sebegitu lama.

Saya merakamkan tulisan ini memandangkan ruang pertama yang sudi menyiarkan cerpen pertama (1) saya ialah Utusan Zaman pada 21 Januari 2001 (tarikh yang cantik, saya kira untuk melangkah ke gapura sastera).

Saya tidak mahu mengimbau sejarah akhbar arus perdana ini, banyak hal seputarnya sudah ditulis dalam Mingguan Malaysia hari ini (31 Mei 2009). Cuma saya berasa terhina dengan gambar depan sisipan Pancaindera yang memaparkan aksi gedik Marsha Londoh yang kelihatan begitu seksa berposing maut. Tajuknya "Marsha Tak Mahu Kontroversi". Dalam hati terdetik, apa ke jadahnya kenyataan tersebut, kalau dah melondeh begitu rupa.

Membelek halaman berikutnya, saya hampir sawan melihat aksi berahi dan sangat menghina, saya kira. Semakin melampau-lampau pula Pancaindera sekarang, seolah-olah sedang menyaingi ke"bangangan" Mangga. Ironis sungguh, sempena menyambut ulangtahun seorang "datuk", Pancaindera seakan-akan bangga memperdagangkan badan telanjang "anak-cucu". Itukah yang diperjuangkan?

Kepada pihak bertanggungjawab di Utusan, kalau nak bangang tu, lima sen cukuplah. Jangan sampai hilang hormat anak bangsa pada sebuah media yang cukup berprestij suatu masa dahulu. Bawa-bawalah bijaksanakan diri!

Noble Art Creation

2 comments:

Hasmora said...

salam cik puan rozais al-anamy,

amboi.. menyinga sungguh nampaknya.. tadi beli gak.. sbb india kedai tu tgk semacam masa saya belek.. nak tengok puisi jah sebenarnya.. beli soo nah.. saing hok baco duluh.. sudoh baco dio kato.. tok pasal2 buleh dosa kering.. haha

rozais al-anamy said...

Hasmora,
Hanya memanifestasikan senipis-nipis iman. Nak buat yang lebih, bukan ayah saya punya surat khabar.

Bangsa Melayu sibuk memperjuangkan Melayu, tapi yang dimiliki sendiri pun tidak dijaga maruahnya. Seperti jugalah sibuk nasihat anak orang, anak cucu sendiri ralit mengangkang.

Saya ikuti tiga minggu Mingguan Malaysia, semua gambar ala-ala Mangga, jadi yang ketiga ini perlulah sedikit teguran, saya kira.