Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, May 05, 2009

RM 5 dan Ikan Stim

Hari ini seorang pelanggan merungut depan pejabat kami, katanya kenapa saya tutup kedai. Dia datang dari Gua Musang untuk ambil tempahan kad kahwin anaknya. Saya pula sedang sibuk di rumah, menyiapkan beberapa dokumen untuk diserahkan kepada pihak audit dan peguam. Staf pula terpaksa keluar atas urusan keluarga.

Kesian makcik tersebut, dia naik keretapi selama tiga jam untuk sampai ke pejabat saya, dan akan pulang semula jam 2.00 ke GM. Saya terpaksa berbahagi tugas dengan rafik, dia terpaksa bergegas ke pejabat dalam masa setengah jam, sepertimana yang saya janjikan dengan makcik tersebut. Saya pula sambung kerja di rumah.

Sebelum dia keluar, saya minta dia bawa telefon bimbit kami, dan tas tangan juga. Dan minta dia tinggalkan RM 5.00 untuk tambang teksi nanti. Dia pun berlalu. Tak kisahlah kalau kad pengenalan dan lesen memandu saya dibawanya bersama, kerana saya bukan perlukan kedua-duanya untuk naik teksi (dalam hati tetap berdoa agar tidak berlaku apa-apa yang memerlukan kad pengenalan).

Saya tinggalkan offline message kepada rafik, hubungi saya melalui cara ini sebaik dia sampai di pejabat. Sambil menunggu jawapan daripadanya (menandakan dia telah sampai ke pejabat), saya baca komen di cbox. Dan saya tiba-tiba "terberbual" dengan seseorang yang tidak menggunakan YM dalam ruang cbox. Segera teringat perbualan malam tadi, tentang ikan stim, dan saya tiba-tiba rasa terliur ingin menikmati hidangan tersebut.

Dan pada masa yang sama, van ikan berhenti depan rumah. Ah, pucuk di cita ulam mendatang, fikir saya. Saya capai tudung, dan aduh! Baru teringat, saya hanya ada RM 5, yang ditinggalkan atas ranjang oleh rafik tadi. Eeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! (Apatah lagi baris terakhir dalam cbox menyebut dia mahu keluar makan!)

5 comments:

ombak said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

ombak,
samalah tu. kukus itu bahasa Melayu, stim itu bahasa Inggeris yang dieja Melayukan.

ombak said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

ombak,
"eeeeeeeiiiiiiii" itu maknanya sama dengan "eeeeeeeiiiiiii" yang saudara pernah gunakan dulu sewaktu anak cicak terjun ke dalam gelas milo saudara, masih ingatkah lagi?

Mohd Kamal said...
This comment has been removed by the author.