Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Monday, June 01, 2009

Rindu Itu


Rindu pun memercik
bagai air di lautan terbentang
memalu haluan perasaan
diterjah langkisau kenangan.

Perahu rasa
terbias kilau cinta
purnama jatuh ke segara
terangnya menyuluh jiwa.

Kamar Rindu

4 comments:

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam RAA,

moga terus terang disuluh purnama, agar jalan di hadapannya sentiasa nyata ...

rozais al-anamy said...

Zek,
Salam kembali.

Jalan terang disuluh purnama
Jiwa kelam haluan ke mana.

Moga doamu dilayangkan terus kepada Pencipta, dan balasannya rahmah dan sejahtera, untukmu jua.

Luqman al-Hakim said...

Saya pun bermula melalui MM pada 1991. Tetapi UM hari ini apa lagi yang boleh diharap selain menjadi canang kuasawan? Sastera pun entah ke mana dan Melayu yang dibawanya banyak syarat dan dogma yang bukan-bukan.

rozais al-anamy said...

Luq,
Begitulah jadinya jika sejarah dikenang hanya kerana tarikhnya, bukan semangat dan rohnya. Seperti juga Melayu yang hanya tinggal nama, kulitnya pun mula berjelaga, hampir menghitamkan isinya juga.

Semoga ada pihaknya yang masih lagi mengenang dan menghargai jerit perih pelopor akhbar itu, sebelum kita mentalkinkan bangsa sendiri.