Saya sedang cuba belajar menulis puisi "kurus" seperti yang Azmi gemari. Untuk permulaan saya petik puisinya (dengan izin SMS) dari laman Bila Jiwa Berbicara (www.azmi-alkelantani.blogspot.com). Moga benih segar dari lamannya menunaskan kembang jiwa di teratak saya.
sedang aku
berjalan
melintasi pesisir
pantai hati
luas lautan kasih
aku nikmati
keindahan
nyaman
damai
ombak rindu
menyentuh
kaki jantung
pepasir kenangan
bertamu
biar sedikit
kerana
tiada mungkin
dapatku ketemui
lagi
ombak yang
lewat membasahi.
melintasi pesisir
pantai hati
luas lautan kasih
aku nikmati
keindahan
nyaman
damai
ombak rindu
menyentuh
kaki jantung
pepasir kenangan
bertamu
biar sedikit
kerana
tiada mungkin
dapatku ketemui
lagi
ombak yang
lewat membasahi.
No comments:
Post a Comment