Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Wednesday, May 06, 2009

PAS dan Bahteranya

.
Dalam menghadapi fitnah dunia politik, suka saya catatkan kata sedutan ucapan Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tuan Guru Hj. Yusuf Rawa pada Muktamar PAS ke-35.

Kita memilih penyertaan dalam pilihanraya sebagai satu pendekatan untuk mencapai matlamat perlaksanaan Islam bersama dengan program tarbiyah yang berterusan di kalangan ahli dan masyarakat sebagai program yang utama dan asasi. Kita tidak harus terperangkap dengan sikap isti'jal, sikap ketergesaan untuk melihat kemenangan sehingga mendedahkan jamaah kepada satu pukulan yang merbahaya dari penentang-penentangnya di dalam dan luar negeri. Sikap isti'jal inilah diperingatkan kepada kita oleh junjungan besar dalam banyak keterangan unnah. Di antaranya penegasan Rasululah s.a.w. kepada Khabbab Ibni Al-A'raf dan jaminan kemenangan Islam yang akan berlalu apabila sikap sabar dan tidak isti'jal itu menguasai perasaan dan tindakan pendokong Islam. Oleh itu perlulah kita ingat bahawa sikap isti'jal dengan mengambil jalan yang lain yang diputuskan oleh jamaah tidak akan menguntungkan jamaah, malah akan mendedahkan jamaah kepada fitnah dan kelemahan-kelemahan.

Saya kira, para penyokong dan pendokong PAS umumnya, dan hawariyyun Menteri Besar Kelantan khususnya perlu meneliti semula ucapan tersebut; bagi menilai semula niat dan tindakan mereka. Teguran Nik Abduh usah diterima dengan keegoan, namun tanyalah iman, haruskah aku menjadi Michaevelli? Jangan nanti, bahtera yang indah reka ciptanya karam di segara kepentingan duniawi.

No comments: