Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Saturday, May 02, 2009

Bonda dan Blog

.
Setiap kali pulang ke kampung, bonda akan melaporkan tentang kematian orang itu-orang ini. Kebanyakan daripada nama mereka saya pernah dengar, cuma saya selalu gagal memadankan nama dan wajah mereka. Saya hanya akan jawab, ya ingat, ingat dengan muka yakin. Saya yakin bonda percaya saya ingat mereka itu, dan berasa tidak sia-sia memberi laporan tersebut. Dan setiap kali sampai sempadan Bukit Yong, saya akan cuba ingat beberapa nama orang tua-tua di kampung, agar nanti kalau bonda melaporkan lagi, tidaklah saya teraba-raba mengingati mereka. Bonda tidak boleh salahkan ingatan saya, saya merantau ke Kuala Lumpur sejak 1991 lagi!

Selain laporan kematian, bonda akan cerita-ceriti seputar kaum keluarga. Namun kebanyakannya, saya sudah maklum. Apabila saya angguk mengisyaratkan bahawa saya tahu berita tersebut, bonda akan tanya; siapa beritahu? Saya senyum, dan pantas menjawab; kita kan dah ada telefon bimbit, blog, YM (bukan Yang Mulia) dan yang penting, blog! Saya senyum-senyum dengan adinda bongsu. Bonda tahu kami ada konspirasi.

Hari terakhir saya di rumah, bonda membebel tentang seseorang. Bonda sangat marah pada dia, nasib baik tidak disumpah seranah. Dan secara spontan, sebelum bonda "meletup"; tersembur daripada mulut adinda bongsu - kalau bonda membebel lagi, kami tulis dalam blog! Bonda terus diam, pucat mukanya. Seolah-olah bonda tahu kuasa sebuah blog.

Dengar suara teragak-agak, bonda tanya apa itu blog? Hahaha, kami tidak dapat tahan ketawa tengok muka skema bonda. "Mak tahu, apa yang ditulis dalam blog seluruh dunia akan baca. Kalau mak mencarut, kami akan tulis apa yang mak carutkan, dan seluruh dunia akan tahu mak ini seorang pencarut." Bonda terbeliak, "bila pula mak mencarut?" (Terasa pula berdosa ugut bonda)

"Contoh saja!" Kami ketawa hampir pengsan.

4 comments:

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam petang RAA (tanpa dimurkai),

"Bukit Yong", seperti aku ketahui di mana letaknya.

jangan buat bonda begitu, kamu anak yang baik, bukan (?)...

rozais al-anamy said...

Zek,
Salam petang yang lebat hujannya.
Bukit Yong itu mengikut pemahaman saya ialah di seputar pintu gerbang masuk ke Terengganu dari Kota Bharu. Yang saya tahu, melepasi pintu gapura itu, saya terus tukar dialek.

Kerana saya anak yang baiklah, saya beritahu bonda begitu.

Mak Jemah said...

uhuk..uhuk..uhuk..
batuk pulak
terasa ada orang menyebut2 namaku di kat entri ini.muahaha

rozais al-anamy said...

miss oren,
batuk jangan sebarang batuk
nanti tak sempat bulan jun.
selebihnya.. syyhhhh!