Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Friday, January 23, 2009

Adiratna Jiwa

.
Waktu begini
seminggu yang lalu
kutanya ayahanda
tentang ceritera rodat
yang kehilangan inangnya.

"Inang rodat sirna
saat bulan gerhana
inang ayahanda
bertakhta di jiwa."
Bonda di beranda tergelak manja.

Inang rodat cerita luka
jadilah anakanda adiratna jiwa
suri pria tulus pengagung cinta.

Padang Embun
Januari 23, 2009 (petang: 5.00)

5 comments:

nil said...
This comment has been removed by the author.
gurindamjiwa said...

Terima kasih kerana menyambut kehadiran kanda di stadium malam tadi. Terima kasih juga dengan cenderahati yang amat bernilai buat kanda.

rozais al-anamy said...

Kanda,
Terima kasih untuk serangkaian madah indah tatkala hati dipaut gundah.

Moga aksara-aksara yang tergubah membentuk istana jiwa nan megah.

rozais al-anamy said...

Kanda gurindamjiwa,

Moga sepotong mimpi
senyaman embun dinihari
takkan kering sepi
oleh hadirnya mentari realiti.

Unknown said...

rozais..

InangRodat memang penuh ceritera luka dan airmata...
Cinta yang dekat di hati namun jauh di mata...
tiada bahasa yang boleh menterjemahkan rasa di jiwa...
namun, tarian hidup di pertontonkan jua...