Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Wednesday, January 07, 2009

Pelan

.
Sebaik sampai ke pejabat, sepasang kekasih sedang menunggu saya dengan muka ceria. Apalagi kalau bukan kerana mahu buat tempahan kad perkahwinan. Seperti biasa, saya hulur borang untuk pelanggan catatkan butiran berkaitan. Dan seperti biasa juga saya akan minta mereka lakar pelan lokasi tempat kenduri di belakang borang.
.
Apabila tiba pada urusan lukis pelan, selalu saya tidak dapat tahan ketawa. Setiap kali minta mereka lukis pelan, slang saya pasti kena tukar dulu. Saya selalu akan kata, "Adik lukis pelan ke rumah adik di belakang tu, yang lelaki pun samalah." Saya akan tekankan perkataan "pelan" sebaik mungkin.
.
Seperti pasangan yang sebelumnya, mereka nampak macam pelik apabila saya tukar dialek untuk minta lukis pelan, sedangkan sebelumnya saya cakap loghat Kelate pekat. Setiap kali kata soal terpapar di wajah mereka, cepat-cepat pula saya tukar pelan jadi "plan".
.
"O, pele." Itu-itu jugalah sahutan mereka, yang membuatkan saya sengal telinga sejak sedekad lalu.
.
"Abe, kak ni suruh lukis pele. Abe lukislah pele abe alik belake bore tu." Waduh, macam mana ni!
.
Selalunya saya akan betulkan balik. "Lukis pelan." Dan mereka akan jawab, "ye lah, pele lah kan?"
.
Akhir sekali - "Lukih pelang di belakang borang! " Kan dah keluar loghat Terengganu.
.
"O, ore ayoh wang. Patut tok pehe." Tersengih-sengih menyiku sama sendiri.
.
Dan saya akan tanya mereka dalam nada gurauan, "habis yang cik abe awak punya panggil apa?"
.
"Pele jugok!" Tanpa malu dan segan.
.
Ya Allah! Saya tepuk dahi. Kami sama-sama ketawa.
.
Kisah yang serupa sering berlaku di mana-mana di Kelantan, terutama jika yang berurusan itu dari pihak berlainan negeri. Bagi sesama orang Kelantan, biasalah. Tapi bagi kami yang berhijrah ini, mahu terkejut beruk waktu kali pertama dengar perkataan serupa itu dituturkan sewenangnya.
.
Sebagai contoh , cerita yang berlaku di sebuah pejabat Majlis Perbandaran.
.
Kontraktor rumah: Ambo nok mitok keluluse buat rumoh, lagu mano gak caro dio?
Pegawai bangunan : Macam ni, mula-mula buat pele (pelan) dulu.
Kontraktor rumah: Pele?
Pegawai bangunan: Mmm (muka dah merah)
Kontraktor rumah : Pele? Ambo ado doh!
Pegawai bangunan : Mana? Kalau ada keluarkanlah, saya nak tengok.
Kontraktor rumah : Errrr! Tok leh! Tok Leh!
Pegawai bangunan: Kenapa, cepatlah keluarkan.
Kontraktor rumah : Kalu tok tengok tok leh ko?
Pegawai bangunan : Tak boleh. Kena tengok dulu baru boleh lulus. Macamana nak lulus kalau tak tunjuk.
Kontraktor rumah : Eh! Ambo ghoyat doh, ambo malu nok tunjok!
Pegawai bangunan : Malu apanya? Habis buat apa bawa kalau tak nak tunjuk?
Kontraktor rumah : Ehhh! malulah nok tunjok, pele ambo kecik!
Pegawai Bangunan : Laa! Kecil pun tak apa, kalau cukup syarat! Kalau tak tunjuk, macamana saya nak sain dan lulus?
Kontraktor rumah : Nok wat tubik nok tunjok kat mano? Oghe ramai ni! Malu ambo! Malu weh!
Pegawai bangunan : Laa, tak apa! Buat apa nak malu. Keluarkan dan letak atas meja kaunter ni pun boleh! Cepatlah! Saya ada mesyuarat sekejap lagi. Sibuk sekarang, encik kena faham lah.
Kontraktor rumah : Hoh! Ambo wak tubik doh ni ! Cepat la, tengok!
Pegawai bangunan : Laaa! (hampir sawan). Bukan yang ni!
Kontraktor rumah : Tu la! Ambo ghoyak doh tadi kee? Pele ambo kecik! Tapi demo nok tengok jugok!
Pegawai bangunan : Laaaaaa! Bukan pasal kecil besarnya! Maksud saya pelan bangunan.
Kontraktor rumah : La! Ambo ingat pele nie! Kalu pele bangune, ado la dale beg nie! Tok ghoyak pun pele bangune, mano ambo tahu!
Pegawai bangunan : Ingatkan dah faham! Yang selalu datang tak pernah pula jadi macam encik ni. Encik tinggal di mana?
Kontraktor rumah : Guo Muse!
.
Noble Art Creation
Januari 7, 2009

7 comments:

Zaidi Haji Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

Kanda,
Dinda bukan apa, cuma nak ingatkan saja. Bukan rugi di pihak dinda pun. Dinda bimbang kalau sentiasa disebut, nanti susut nilai dan kena jumpa pakcik ubah saiz pula.

Hey, kalau nak buat renovation premis kami pun, sila buat "pelan" atau "pelang" ya. Tinggal slang Kelate kanda tu luar premis!

Zaidi Haji Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

Kanda,
Kalau dalam bidang penulisan kita panggil keselarian idea. Bila dua orang atau lebih memikirkan idea yang sama pada satu masa.

Seringkali juga ia jadi isu bila keselarian idea tidak difahami, lantas dituduh ciplak pula.

Hal sedemikian sering terjadi pada dinda. Contohnya bila dinda tekan butang send sms pada seseorang, panggilan dia pula menyapa. Dinda sangat percaya pada telepati dan angka.

Zaidi Haji Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
Serunai Faqir aka SF said...

ahahahaha ... aduh, payah nak cerita lagu ni ...

rozais al-anamy said...

SF,
Apa yang payahnya. Doakan semoga orang Kelate twist lidah mereka tu ke lidah Teganu masa nak sebut perkataan tu. Tak payah panjang cerita.