Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Sunday, January 25, 2009

Cinta Sebatang Pena

.
Pasangan bercinta
umpama sebatang pena
matanya perlukan penutup
supaya tidak terluka
andai terjatuh tidak ternganga
seperti muncung buaya.

Dan saat ingin melakar aksara dan angka
penutup perlu berpisah seketika
dari batang penanya.

Kamar Minda
25 Januari, 2009 (pagi: 5.00)
.

4 comments:

arnamee said...

Salam akak..

'Belayarlah kekandaku..
mencari haluan hakiki yang menjanjikan kepastian..'

Tanpamu.. Semuanya diam kaku bak air batu..merindu pada suara hati si buluh perindu..;)

rozais al-anamy said...

arnamee,
Salam kembali, dik.

Pelayaran sudah pasti destinasinya
hanya menunggu bingit peluit bahtera
memanggil jiwa-jiwa
yang rindu dan alpa
akan janji Kekasihnya.

zaidi said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

Kanda,
Kala dinda menulis, penutup pena akan selalu tersarung pada pena itu sendiri.

Pena dan penutup tetap bersama, cuma lain posisinya.