Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Monday, January 05, 2009

Pantai Rindu, Pondok Cinta

.
(Pantai Cahaya Bulan - Jumaat, Disember 26, 2008 (langit kelabu)
.
Kala titis hujan berjuraian di wajahku
sebatang pena resah menari
selembar kertas bunga kapas
bersatu menitip warkah rindu
dalam coretan yang basah.
Tinta yang tumpah dalam deru
terpercik ke sukmaku
birunya di jiwamu.

Bersama kita di pantai rasa
dalam alunan debur ombak bertingkah
suara hatimu dikirim bayu senja ke kalbuku
kau termangu di beranda menunggu jentayu
sambil menunggu sinar purnama
menyuluh kamar jiwa.

Lilin di sisimu separuh cair
semangkuk air dan kemboja di kaki katil
hampir hilang wanginya
dalam menantiku
“aku ingin berperi denganmu
seribu tahun lagi”

Kau menantiku di pondok cinta
bersama meniup liukan api rindu
sewaktu aku menyelitkan sekeping nota
di kaki camar yang pulang senja.

Kamar Rindu
Januari 5, 2008 (pagi: 12.47)

Katamu,
kau cuba menulis isi hati dalam hujan di bawah sebatang pokok.
hujan bersatu dengan titisan air matamu.
sukarnya menjelaskan bisikan jiwa dengan rangkaian bait puisi.

Kataku,
penyair yang hebat bukanlah dari keindahan bentuk,
kata, irama puisi dan syair yang ia ciptakan,
tetapi bagaimana ia membuat puisi itu hidup seperti hatinya.


WANITA, Jun 2010 

16 comments:

Unknown said...

rozais,
rindu dan airmata, sendu dan tawa adalah irama di dalam lagu cinta.. apatah jika nyata hanya dapat dicapai rasa...kadangkala, cinta tidak semestinya bersatu...!

rozais al-anamy said...

InangRodat,
Bagiku, cinta yang jitu itu pasti bersatu.

Nisah Haji Haron said...

amboi, romantis sekali! Sudah lama tak membaca sajak cinta.

rozais al-anamy said...

Nis,
Menulis dan membaca sajak cinta seringkali membuat jiwa kita jadi perasa.

Dan dunia kacau bilau oleh kerana sirnanya cinta dari jiwa penghuninya.

Ayuh bercinta!

gurindamjiwa said...

Saya setuju dengan Rozais, cinta semestinya bersatu dan membina pondok cinta di pinggir pantai rindu. Tapi awas, ombak akan selalu mengintai dan mengusik kedamaian pondok cinta.

Unknown said...

rozais, gurindamjiwa...
kadangkala, sedalam mana cinta, sekuat mana setia dan sebanyak mana pengorbanan dicipta, cinta masih tidak menyebelahi utk bersama.. walau janji diikat utk meredah ombak kala suka dan duka... perpisahan datang tanpa diduga,walau tugu cinta siap dibina.. cinta tidak semestinya bersatu...!

rozais al-anamy said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

gurindamjiwa,
jika pasak cinta itu kukuh, usah gentar pada ombak kerana ia tak akan mampu menyeretnya ke segara.

InangRodat,
saya masih yakin cinta pasti bersatu jika qadha' muallaq tidak dipersia.

nil said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

Kanda Zaidi,
Kanda orang yang gagah kerana tidak mudah menyerah kalah tanpa terlebih dahulu berjuang.

Kebanyakan manusia suka menyarung baju takdir untuk menutup kecacatan dan kelemahan diri sendiri. Dan cinta jadi mangsa atas nama pengorbanan yang bukan hakiki.

nil said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

Kanda,
Sebagaimana nota akhir entri ini, sentiasalah ingat bahawa "bagaimana ia membuat puisi itu hidup seperti hatinya".

Semoga kanda jadi pengarang puisi hebat sedikit masa lagi kerana usaha mulia kanda; bukan lagi lelaki pilu yang kehilangan kata-kata di bawah pohon sewaktu hujan menyapa.

nil said...
This comment has been removed by the author.
nil said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

Kanda,
Terima kasih. Moga dendangan oleh penyanyi kesukaan dinda itu menjadi nyata.