Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, January 27, 2009

Kerinduan

.
Kerinduan
adalah kemuncup kesepian
yang terkait di kain kenangan
sewaktu melintasi padang percintaan.

Kamar Rindu
Januari 27, 2009 (pagi: 7.00)
.

12 comments:

nil said...
This comment has been removed by the author.
nil said...
This comment has been removed by the author.
gurindamjiwa said...

Salam sdr Zaidi, rindu sdr kepada siapa agaknya?

nil said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

Kanda Zaidi,
Dinda pernah bertanya kepada seseorang, bagaimana mahu mengubat hati yang rindu? Kanda tahu apa jawabnya? Katanya, biarlah rindu itu membara. Aduh! Lamanya dinda nanti hujan mencurah untuk memadamkan bara rindu.

rozais al-anamy said...

gurindamjiwa dan Kanda Zaidi,
Terima kasih kerana bertamu di ruang ini. Saya sebenarnya tidak mahu mencampuri perbualan kalian, tapi oleh kerana agak kurang sopan jika saya meninggalkan kalian berborak di ruang tamu saya tanpa tuan rumah, izinkan saya mencelah sambil menyediakan secangkir kopi buat kalian.

Buat gurindamjiwa, terima kasih kerana turut melayan tetamu saya dengan usikan manja. |Sekurang-kurangnya dia tidak kesepian keseorangan, ada juga teman berbicara.

Kanda Zaidi, gurindamjiwa tidak tahu kanda baru pulang dari kota batu dan masih penat mental dan fizikal. Dinda fikir pertanyaannya itu jujur ikhlas, sebagai huluran ukhuwwah buat kanda di laman dinda.

gurindamjiwa said...

Cik Rozais, saya tidak menjalinkan ukhuwwah dengan Zaidi. Saya mahu membetulkan kenyataan salah itu. Selebihnya no comment. Dan ini comment saya yang terakhir.

Coretanku said...

Salam kak,
Romantisnya puisi ni. Saya selalu masuk tapi segan nak tulis apa-apa. Best le.

rozais al-anamy said...

Salam kembali Coretanku,

Anda ada jiwa yang seni nampaknya, sehinggakan boleh merasai apa yang datang dari jiwa saya.

Buat tetamu seperti anda, saya hadiahkan entri ini kepada anda sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

Lain kali jangan segan ya. Dan terima kasih kerana sudi bertandang sebelum ini, walaupun secara diam-diam.

nil said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

Kanda,
Dinda sedang fikirkan hukuman yang wajar dijatuhkan pada kanda.

zanazanzaly said...

Salam Al-Anamy Roz dan rakan-rakan semua. Usik-gurau sdr Zaidi dan sdr GJ menarik minat saya untuk berkongsi sesuatu di sini. Mohon izin menggunakan bahasa asing.
You can tell whether a man is clever by his answers. You can tell whether a man is wise by his questions. - Mahfouz Naguib