Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Wednesday, August 09, 2006

Orang sastera dan AF4

Pada 4 Ogos 2006 saya dijemput oleh DBPWT untuk memberi ceramah Motivasi Karya dalam Khemah Sastera Terengganu. Saya berkongsi idea seputar "PENULIS ADALAH PEMIKIR: BERSEDIAKAH KITA?". Saya dimaklumkan peserta terdiri daripada guru, pelajar universiti dan kolej serta pelajar sekolah menengah. Kebanyakannya perempuan dan ada dua tiga orang yang sama-sama mengikuti Bengkel Penulisan Cerpen di Residence Resort, Paka, Dungun, Terengganu pada 7-9 Julai lepas (walaupun saya mengikuti bengkel novel, saya ingat mereka).
Bila saya tanya apakah berita terhangat di pasaran, rata-rata lelaki dan perempuan menjawab dan sesetengahnya bersok-sek tentang percintaan dan perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk K. Lagi apa? Kisah remaja yang sosial, jawab mereka. Saya sengih sampai ke telinga. Dalam hati terfikir... "penatnya adik-adik ni jadi tukang fikir pasal kisah yang menjadi agenda utama negara. Tak lama lagi capailah matlamat nak jadi penulis yang berfikir!"
Masa rehat pula, saya bersembang dengan Cikgu Tuan Sharif Putera dan Hilmi Rindu. Cikgu Hilmi (sebenarnya beliau bukannya guru, tapi saya panggil cikgu sebab wajah beliau sesuai jadi cikgu) beritahu kami ada seorang penulis yang minat betul pada Faizal AF4 sehingga sanggup undi sms untuk bantu Faizal. Saya tanya Cikgu Hilmi, betulkah penulis itu undi? Betul! Jawab Cikgu Hilmi. Saya intai kiri-kanan, bimbang ada peserta yang dengar. Saya tiba-tiba teringat pada peha dan sayap ayam KFC yang dah lama saya tak makan kerana boikot, namun tiba-tiba pula rasa nak meleleh air liur sebaik mendengar berita tentang penulis yang mengundi membantu AF4.

4 comments:

fokd said...

Salam Perkenalan...

Rasa teruja dapat bertemu 'blog'& orang sastera seperti saudari.

Teruskan menyumbang.

SK

rozais al-anamy said...

salam kembali buat sdr SK. terima kasih atas kunjungan, moga beroleh manfaat. Silalah berziarah lagi jika berkesempatan.

Hani said...

Salam buat kak rozais dan kak zana, saya salah seorang peserta di Gem Beach hari tu :) Paling saya ingat ayat kak rozais, 'mahu ke kita jadi penulis yang tercabut akar agama dan prinsip dari diri kita semata2 kerana nakkan pulangan yg lumayan?' :)

http://www.e-komuniti.com/esasterawan/1.asp?uid=86 (web utama saya selain di blogspot)

rozais al-anamy said...

Salam Sdri. kha,
Syukur kerana pesanan saya itu dapat diingati oleh seseorang. Pesanan itu juga adalah kepada saya sebenarnya, moga kita saling mengingatkan.