Selasa, Ogos 1, 2006
FAJAR Selasa, Ogos 1, 2006 menjadi saksi ulang tahun persahabatan kami. Semenjak bangun untuk mengerjakan Subuh yang bersahabat dengan Isya’ kerana sengaja memeram Isya’ pada malamnya, saya memang sedar pada hari ini kami akan menyambut satu dekad sejarah persahabatan kami yang bermula sejak tahun Ogos 1996 di Bilik 308 Kolej Fatimah Az-Zahra’, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Kami sama-sama dalam tahun tiga pengajian dalam kulliyyah yang sama, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (IRKHS), cuma berlainan bidang. Saya mengubah haluan dari Kulliyyah Undang-Undang dan memilih bidang Tafsir Al-Quran setelah hampir setahun mengikuti kelas dalam kulliyyah tersebut. Teman seapartmen yang saya kenali namanya sebagai Rozana pula dicatat pada pintu apartmen sebagai siswi HS (Human Sciences) akhirnya saya ketahui menjurus ke bidang Sains Politik, yang menjadi minor saya; manakala dia pula terpaksa mengambil kertas dalam bidang saya sebagai minor. Pelajaran yang kami hadapi setiap hari berpangkah bidang.

Setelah dia betul-betul menginap di bilik yang baru dimohonnya (dia memohon untuk bertukar bilik) itulah saya sempat berkenalan dengannya kerana sebelum ini dia sibuk ke sana ke mari. Apabila saya tanya kenapa baru sekarang dia balik ke bilik, dia menerangkan bahawa dia sibuk berjualan bunga di kampus Universiti Malaya (UM) sempena konvokesyen universiti tersebut. Mengingatkan alasan tersebutlah sehingga sekarang saya ingat akan tarikh pertemuan kami kerana kebiasaan setiap universiti akan mengadakan majlis konvo mereka pada bulan tersebut kecuali universiti kami.
Setelah berkenalan ringkas, barulah saya tahu pihak bertanggung jawab yang menampal kertas pernyataan nama ahli apartmen boleh dikatakan seorang yang ambil remeh terhadap sesuatu perkara yang nampaknya kecil tetapi impaknya besar. Katakanlah jika berlaku kebakaran atau sesuatu kejadian buruk yang memerlukan senarai nama mangsa, pasti akan berlaku kekeliruan kerana nama yang tertampal di pintu ditulis ‘Rozana’ sedangkan nama rakan saya itu ialah Norzana.
Dia berasal dari Pasir Mas, suatu daerah yang memang menjadi keinginan saya untuk mengunjunginya semenjak saya mengenali Nasimah, anak seorang pemilik pondok Lubuk Tapah yang memang akrab dengan saya, sekaligus mewakili rakan dari negeri Kelantan, negeri yang paling saya benci orangnya, lebih-lebih lagi kaum wanitanya. Bencinya saya kepada mereka tidak dapat tergambarkan sehingga kawan-kawan saya memang arif dengan sikap saya itu. Saya tidak suka dengan sikap gatal perempuan Kelantan yang rata-rata saya kenali begitulah perangainya, juga sikap buruk yang suka melupakan rakan-rakan atau teman setelah berjumpa dengan rakan senegeri mereka. Lebih-lebih lagi saya serabut melihat bas yang sarat dan penumpang bas Kelantan yang hampir kesemuanya membawa pelbagai kotak dan bekal dari kampung, membuatkan Hentian Bas Putra penuh lambakan barang mereka. Hendak lalu ke sana ke mari pun sukar dan apabila ditegur mereka hanya menjawab dengan sengih bodoh atau “bare kappo (barang dari kampung). Peduli apa saya!
Kata orang kalau benci jangan terlalu benci, nanti timbul rasa sayang, atau sebaliknya. Memang benar sekali ungkapan tersebut. Saya terpaksa menelan ungkapan tersebut yang sepahit jadam untuk menyembuhkan penyakit ego saya. Sehingga tahun 2006 ini, masih, saya beriringan dengannya, mek kelate yang pernah diharamkan perkataan itu menjamah telinga saya. Dan semenjak persahabatan antara kami terjalin atas janji sehidup semati, saya terpaksa menanggalkan jubah "lone ranger" saya, dan cuba belajar untuk menangis atas bahu orang lain atau ketawa bersama.
Dan pada Ogos 2006 ini, seorang rakan mengingatkan bahawa bulan Ogos merupakan bulan persahabatan - sahabat: bukan hanya kawan, rakan atau teman. Saya tidak tahu siapa yang memberi pengiktirafan itu, tetapi baru saya menyedari bahawa tahun ini telah genaplah usia sepuluh tahun persahabatan kami. Semoga ikatan ini direstui dan dirahmati Ilahi dan kami berqasam untuk memilih antara dua, ‘ish azizan au mut syahidan’ (hidup perkasa atau mati syahid) – Janji rafik.
posted by rozais al-anamy at 1:48 PM 0 comments
posted by rozais al-anamy at 1:48 PM 0 comments
No comments:
Post a Comment