Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, August 15, 2006

Ditipu Hantu Albino

Semalam saya menonton filem Kantonis "The Haunted Office" di TV3. Saya memang sukakan cerita hantu. Awal-awal lagi sudah siap dengan bantal dan selimut yang menutupi tubuh sampai ke kepala kecuali dua biji mata yang dilindungi jari-jemari yang sengaja direnggangkan. Beberapa insiden dalam tandas memang menyeramkan sehingga saya terpaksa berselindung di balik belakang Zanazanzaly. Jari jemari pula sudah bertukar bentuk menjadi binokular, kalau hantu keluar saya akan kecilkan kepalan, biar sayup-sayup saja.
Kisahnya tentang sebuah pejabat berhantu yang akan menelan korban seramai sembilan orang pada setiap bulan tujuh. Dalam lif pula selalu ada seorang wanita berambut putih dan berpakaian serba putih, menjeling tajam pada setiap pekerja yang menggunakan lif tersebut. Pada awalnya saya kira itulah hantu yang merasuk penghuni bangunan itu membunuh diri. Pada tiga perempat cerita, seorang pekerja wanita yang berpakaian merah terpilih menjadi mangsa; yang menurutnya hantu berpakaian putih dan berambut serta kening putih (albino) tersebut mahukan dia membunuh diri untuk menyelamatkan adik lelakinya. Maka si kekasih perempuan baju merah itu pun berusaha menyelamatkan kekasih yang baru dikenalinya itu, yang tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun melainkan dia sahaja dari hantu albino. Dalam usaha menyelamatkan kekasihnya, lelaki tersebut dan kekasihnya jatuh dari bangunan; si perempuan baju merah ghaib dan lelakinya hidup. Di tempat kejadian, hantu albino datang dan menyatakan bahawa perempuan baju merah itulah sebenarnya hantu, dan memaklumkan kepada si lelaki yang menyangkakan dia masih hidup itu supaya melihat mayat (si lelaki) yang terdampar di atas bumbung sebuah kereta.
Fuhhh, senangnya tertipu oleh hantu! Filem ini berjaya menipu saya. Sebelum ini saya dapat menelah pengakhiran sesebuah cerita pada setengah atau tiga perempatnya, namun kali ini tekaan saya betul-betul tersimpang. Itulah sifat manusia, kadangkala terbias cahaya pandangan oleh kaca yang telus pandangnya.

5 comments:

hakim dirani said...

Assalamualaikum.

Terima kasih juga kerana sudi ke blog saya.

saya memang takut ngan hantu ni. itulah sebabnya saya jarang tengok cerita hantu.

Kak rasa hantu ada ka tak?

Adindamu Hakim

pendita said...

Salam...

Rupanya akak ni anak jati Terengganu...

Jauhnya mencari rezeki di bumi Pasir Mas...

note:saya anak jati Pasir Mas. Setakat Plaza Serangkai Mas tu biasa sangat la wehh... Hihihi...

Fahd Razy said...

Malam tu boleh tidur tak? ahahah

Salman Sulaiman said...

Assalamualaikum,

Tahniah, dah ada blog sendiri. Lama benar saya menunggu untuk menatap tulisan kamu di alam siber. Teruskan aktif menulis dengan penuh hikmah. Salam seni & jumpa lagi.

mohamad kholid said...

seronok menikmati cerita hantu ini. nampaknya kena berhati-hati dgn org putih (albino) terutama dlm gelita malam