Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Monday, June 15, 2009

Tandatangan Jawi

.
Baru sebentar tadi saya ke CIMB Cawangan Pasir Mas untuk memungut buku cek yang sudah sekian minggu siap. Nasib baik kali ini staf terbabit tidak menelefon dan sedikit membebel kerana kenyanyukan saya setiap kali memesan buku cek.

Setiba di muka pintu pejabat, rakan kongsi terus minta saya ke bank semula sebagaimana yang diminta oleh staf terbabit. Jelas rakan, pihak bank meragui tandatangan pada buku daftar pungutan buku cek yang amat berlainan dengan yang sebelum ini. Dia syak orang lain yang mewakili Noble Art Creation untuk urusan tersebut. Dia minta pengurus NAC segera ke bank. Aduh, nasib baik bank tersebut satu bumbung dengan premis NAC.

3o saat, saya tercegat depan kaunter. Saya dengar perbualan staf itu dengan rakan kongsi saya. "Macamana ni, tandatangan lain... jawi. Sebelum ini tandatangan rumi. Nama pemungut Rokiah Ismail, yang jawab pula Norzana Razaly. Nombor telefon ni siapa punya? Yang tercegat depan kaunter ni siapa pula?" Bertalu-talu dia tanya rakan kongsi saya. Saya senyum tengok muka cemasnya. Terasa pula seolah-olah saya ini Mas Selamat yang baru ditangkap polis Malaysia, dan akan diserahkan pada Singapura sebentar lagi.

Saya buat muka bodoh bila dia menghampiri kaunter. Staf yang saya nobatkan sebagai staf terkacak CIMB tenung saya, kali ini wajahnya tidaklah segarang pada waktu kali pertama saya buat kesilapan.

"Maaflah, saya lupa. Tandatangan jawi itu saya guna untuk Bank Swiss. Dan sebenarnya, saya mahu selalu ke sini tengok muka encik." Saya segera berlalu, sebelum dia sekali lagi balas, "Mana pernah awak tak kembali buat kali kedua setiap kali pungut buku cek!"

Sebenarnya, saya amat menghargai sikap berhati-hati staf tersebut yang segera menghubungi pejabat. Seandainyalah benar-benar berlaku kes orang lain yang memungut buku cek tersebut, sikap sebegitu dapat menyelamatkan kami. Terima kasih Encik Wan Hashim!
.

4 comments:

Hasmora said...

salam cik puan rozais,
izinkan hamba komen sket

saya tak pasti adakah saya perlu guna tandatangan jawi saya jika saya ada buku cek sendiri nanti (jika ada).. sebab kata orang elok jangan gunakan tandatangan yg sama dengan tandatangan kebiasaan kita pada cek atau urusan bank kerana faktor keselamatan.. ataupun reka sign jawi yg baru.. huu

rozais al-anamy said...

Hasmora,
Dari segi keselamatan, memang patut gunakan tandatangan berlainan. Namun bagi yang nyanyuk seperti saya, haru pula jadinya.

Saudara jenis nyanyuk macam saya atau tidak? Hahaha. Tapi jangan risau, saya sudah ada cara untuk atasi kesilapan tersebut.

Hasmora said...

Taklah nyanyuk sangat
tapi adalah jugak
hak hak terbahak

rozais al-anamy said...

Hasmora,
Allahumma zakkirna ma nasiina. Jom kita pakat baca banyak-banyak sebelum nyanyuk kita makin parah. Huahuahua.