Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, June 30, 2009

Abjad Rindu Di Langit Kelabu

.
Masihkah kau ingat, pada sebuah senja
kita menunggu matahari
di pantai itu, hilang di garis laut
sedang kaki telanjang kita dicium lidah ombak
katamu “jangan kau lukai pasir itu dengan abjad namaku.”

Lalu kita hanya mengeja kata-kata cinta, bersama
namamu dan namaku dilayahkan angin
kita lihat di ufuk barat, aksara-aksara terbang
garis langit dan laut semakin kelam
dan waktu yang terheret pun berpesan
“usah percaya pada angin,
yang terkadang sesat di penjuru malam. ”

Jalan Pengkalan Chepa
Jun 30, 2009 (petang: 4:39)
.

2 comments:

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam RAA,

"selalu indah puisi yang ditemui di laman ini",

"dua baris terakhir setiap rangkap puisimu ini amat terkesan" ...

rozais al-anamy said...

Zek,
Terkadang kita jadi terlalu berharap pada angin, tatkala awan menyeliputi langit. Rindu pada laut yang tak jelas di pandangan.

Namun sering pula kita kecewa pada angin, yang terkadang bertukar langkisau pada kelam malam, dan merobohkan pondok yang kita bina di bibir pantai.