
Sewaktu melewati simpang empat ke Kota Bharu, ada kain rentang bertulis "Kerajaan perpaduan boneka UMNO! Sah." Entahlah pihak mana yang menggantungkannya, mungkin kerja pihak Erdogan, mungkin pihak pro kerajaan perpaduan, mungkin orang UMNO dan mungkin kerja bangsa-bangsa lain yang cuba menangguk di air keruh. Pada masa inilah petugas perang saraf tak ingat anak bini, kerana asyik merangka strategi menghadapi situasi yang genting. Pada masa inilah ada kepala-kepala diacu pistol dan pada masa inilah ada ugutan dan pujukan untuk mempengaruhi. Dan pada masa inilah orang-orang kanan dan para pembantu orang-orang besar mula mengeluarkan jarum yang disimpan selama ini.
Cik suarakan pada saya, dia sudah pening. Betul-betul pening dengan apa yang berlaku. Saya beritahu Cik, usahkan Cik, orang parti sekarang semuanya pening. Saya terangkan pada Cik apa sebenarnya yang berlaku. Saya bukan mahu berpihak pada Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang kerana faktor negeri; tetapi menurut pandangan para wali dan ilmu sesetengah orang pondok, ada kejutan yang perlu diterima demi kelestarian agama dan bangsa Melayu. Namun orang awam tidak da

Ahli dan penyokong PAS, masing-masing umpama anak-anak yang sedang melihat orang tua mereka mahu kahwin dengan hero samseng kampung dusun. Masing-masing mendengus - Tak bolehkah kekal baik macam dulu, tak payah cerai laki-bini. Ini tidak, serumah setangga baik-baik dari dulu, alih-alih bergaduh sebab ada jantan/betina mengorat pasangan masing-masing.
Pada masa itu jugalah masing-masing tegakkan prinsip sendiri. Si suami cakap, j

Baik aku berundur kalau kau pun dah lupa bunga silat. Biar aku pertahankan diri aku sendiri. Aku tahulah macam mana nak hidup dengan hero samseng kampung dusun nanti. Insya Allah, aku yakin aku tahu apa yang aku buat. Aku bukan kasyaf, tapi aku dapat rasakan rumah dan anak cucu kita akan disembelih kuffar selagi kau kekal dengan sikap lembut tak mengira zaman. Masih ingat apa yang terjadi pada zaman Khalifah Uthman Affan?
Sekiranya suatu hari nanti kau rasa aku benar, datanglah jemput aku. Aku bukan mahu kahwin pun dengan samseng kampung dusun, sekadar nak berbincang. Demi Allah aku masih setia dan aku akan jaga adab dan hukum-hakam sebagai isteri. Tolonglah biarkan aku pergi buat sementara waktu, demi agama dan bangsa kita, sebelum anak-anak kita disembelih kuffar bangsa tahi cicak! Jika kau pernah gunakan istilah tahalluf siasi untuk terima mereka tidur sebantal di rumah pakatan kita dahulu, walaupun mereka itu kafir, susah sangatkah untuk kau buang egomu sekali lagi, lebih-lebih lagi yang menjadi rakan perbincanganku ini mengucap syahadah yang sama dengan kita?
2 comments:
yang ni ok gak buat cerpen lawak!
Luq,
Cerpen maki hamun dalam proses, yang lawak ini apa nasibnya lah pula.Lawak sambil menangislah, mengenangkan nasib bangsa.
Post a Comment