Sajak tanpa tajuk ini saya terima daripada seorang teman yang sedang dalam perjalanan ke kota batu, dan saya memberi tajuk entri ini sempena tajuk pilihan untuk sajak ini. Saya taip semula sms dia dengan mengekalkan bentuk asalnya yang kurus melidi. Saya fikir tentu dia masih penat untuk membingkaikan puisi ini di kamar mayanya, maka saya menyemainya dahulu di halaman saya, sebelum menunggu ia dibawa ke halaman milik pengirimnya.. ataupun dia ingin ia terus subur di teratak saya, terpulanglah.
dalam genggaman
setangkai mawar
layu kekeringan
mencipta kenangan
seketika dulu
harumannya
menyerikan
kelopak masih
ditangkai
kubasahkan dengan
titisan airmata
bunga kasih
tetap layu
tiada lagi
haruman rindu
namun masih
tergenggam erat
biar ia melayu
kenangan tetap segar
hanya ucapan
terima kasih
harummu
pernah singgah
biar sesaat
tetap abadi
dalam ingatan
08-Jun-2009
08:45 PM
.
2 comments:
Bagus gak sajak tu. bahasa boleh kasi kemas n mantap lg...hehehe. mengomen lak aku ye.
Luq,
Saya sudah maklumkan komen saudara kepada teman saya, dia ketawa. Fikir saya, komen seorang lelaki kepada lelaki pastinya datang dari nurani yang suci.
Terima kasih atas komen membina (Ceh, macam aku lak punya sajak). Saya sedang belajar tulis sajak kurus, sebenarnya.
Post a Comment