Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, June 23, 2009

Peta Tak Bertanda

.
Setelah lama aku diam di daratan, rindu menyerbu
ingin aku lihat nelayan menepuk laut
camar yang mencubit ombak, dan aku

ingin sekali lagi membuka peta tak bertanda

mencari hala yang tertunda, dan kau

mengasah sebilah pedang dusta
untuk merobek peta jiwa
yang kutulis dengan tinta biru rindu

setahun dulu.

Kamar Rindu
.

6 comments:

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam RAA,

"indah dan halus sekali",

benar sekali, kamu pencinta laut ...

rozais al-anamy said...

Zek,
Salam lewat malam.
Terima kasih memahami diri.
Benar saya sangat mencintai laut, namun terkadang telalu letih
bermain ombak
sesekali, ingin menangis
di bahu daratan.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Tidak berkesempatan memesrai sahabat2 pada malam HSKU. Agak tergocoh2 dan tidak keruan dengan kesempitan di sana sini. Mungkin dlm konsep yg baru.

Salam kunjung

rozais al-anamy said...

Rozlan,
Salam kembali. Saya gembira saudara sudi bertandang. Terima kasih.

Hasmora said...

Salam..

beberapa hari lalu saya terpandang kelibat seseorang bersama seorang penulis wanita dan seorang editor.. di bandara tambang murah.. ingin angkat tangan tapi beliau berjalan laju tanpa memandangku.. uhuu

rozais al-anamy said...

Hasmora,
Saya juga ada melihat kelibat mereka. Khabarnya sedang mengejar pipit yang terlepas.