Kesian makcik tersebut, dia naik keretapi selama tiga jam untuk sampai ke pejabat saya, dan akan pulang semula jam 2.00 ke GM. Saya terpaksa berbahagi tugas dengan rafik, dia terpaksa bergegas ke pejabat dalam masa setengah jam, sepertimana yang saya janjikan dengan makcik tersebut. Saya pula sambung kerja di rumah.
Sebelum dia keluar, saya minta dia bawa telefon bimbit kami, dan tas tangan juga. Dan minta dia tinggalkan RM 5.00 untuk tambang teksi nanti. Dia pun berlalu. Tak kisahlah kalau kad pengenalan dan lesen memandu saya dibawanya bersama, kerana saya bukan perlukan kedua-duanya untuk naik teksi (dalam hati tetap berdoa agar tidak berlaku apa-apa yang memerlukan kad pengenalan).
Saya tinggalkan offline message kepada rafik, hubungi saya melalui cara ini sebaik dia sampai di pejabat. Sambil menunggu jawapan daripadanya (menandakan dia telah sampai ke pejabat), saya baca komen di cbox. Dan saya tiba-tiba "terberbual" dengan seseorang yang tidak menggunakan YM dalam ruang cbox. Segera teringat perbualan malam tadi, tentang ikan stim, dan saya tiba-tiba rasa terliur ingin menikmati hidangan tersebut.
Dan pada masa yang sama, van ikan berhenti depan rumah. Ah, pucuk di cita ulam mendatang, fikir saya. Saya capai tudung, dan aduh! Baru teringat, saya hanya ada RM 5, yang ditinggalkan atas ranjang oleh rafik tadi. Eeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! (Apatah lagi baris terakhir dalam cbox menyebut dia mahu keluar makan!)
5 comments:
ombak,
samalah tu. kukus itu bahasa Melayu, stim itu bahasa Inggeris yang dieja Melayukan.
ombak,
"eeeeeeeiiiiiiii" itu maknanya sama dengan "eeeeeeeiiiiiii" yang saudara pernah gunakan dulu sewaktu anak cicak terjun ke dalam gelas milo saudara, masih ingatkah lagi?
Post a Comment