Awal pagi ini saya akan bertolak ke kota batu, seterusnya ke Ayer Keroh, Melaka bagi menghadiri Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPMN) 2009 yang akan berlangsung pada 22-24 Mei. Sepanjang tempoh ini, mungkin saya tidak berpeluang mengemaskini blog. Harapnya boleh bersembang secara langsung dengan tetamu maya saya di sana.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.
(Selamat tinggal jerami-jerami padi di belakang rumah)
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.
(Selamat tinggal jerami-jerami padi di belakang rumah)
6 comments:
Salam kak..
pasti dinda merindu catatan kanda;p
salam,
sekadar terbang dan hinggap sebentar...dahan tidak bergoyang, ranting tidak patah, daun tidak gugur.
Salam..
hamba bukanlah pekebun yang lama memerhati sekuntum bunga untuk memuji atau mengeji apatah lagi untuk memetik untuk digubah menjadi seri ruang tamu sepi
salam hormat.
arnamee,
Salam kembali.
Kata seseorang, biar rindu membara.
Moga dinda terus sejahtera dalam rindu itu.
Luq,
Terima kasih sudi hinggap, meskipun sebentar. Moga sempat melepas lelah untuk suatu perjalanan panjang.
Hasmora,
Salam kembali. Terima kasih sudi bertamu.
Seorang pekebun bijaksana bukan tugasnya memuji bunga atau mengeji durinya, bahkan memikirkan cara menyuburkan taman dengan pelbagai tumbuhan penyeri alam.
Post a Comment