Seorang daripada kami minta pandangan bagi menyelesaikan masalah dia dan suami. Dia di persimpangan, sama ada masih mahu kekal bersama atau memilih sendirian. Tak sanggup lagi menyara suami yang hidup segan mati tak mahu; tapi kerana kasihan, tak sanggup pula minta cerai dan membiarkan hidup suaminya terkontang-kanting.
Saya tanya dia, suami awak pernah hargai atau tidak kesusahan awak jaga dia dan anak-anak? Dengan lirih dia berkata "ada dia beri cadangan, benarkan dia kahwin lain dan biar isteri barunya itu bantu dari segi kewangan."
"Hah? Habis apa awak kata?" Saya teruja mahu dengar jawapannya.
"Malam itu juga saya "ceraikan" dia talak tiga. Tak guna bela jantan kabaret tak sedar diri." Merah padam mukanya.
"Habis kenapa masih minta pandangan kami, sedangkan awak sudah buat keputusannya?" Saya pelik, sekejap dia minta pendapat, "dan-dan tu" pula cakap dah cerai talak tiga.
"Masalahnya sekarang, dia gila talak! Susahlah... bangsa sekarang semuanya celik belaka." Dia ketawa berombak, tiba-tiba.
"Hey, hey, hey, mana awak tahu dia gila talak. Tadi dah cakap tak tinggal sebumbung dan tak lagi berhubung dengannya?"
"Blog." Sepatah dia menjawab.
Blog? Lagi-lagi saya teruja.
"Ya, www.gilatalak.blogspot.com. Tapi ingat tu, jangan terpesona dengan "ayat" dia tau. Saya tak nak dengar cerita umpama saya ini dibarikan oleh awak pula." Kami ketawa. Berombak-ombak.
Anak di riba terbangun. Terpisat-pisat, "Apa?" Dia mengenyeh-genyeh mata.
"Blog..." Sebelum dia tanya apa-apa, saya terus menggeletek dia. Dan dia ketawa, berombak-ombak macam tawa saya.
1 comment:
Post a Comment