Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, May 12, 2009

Gadis Kecil, Sebuah Ingatan

Sabtu lepas, saya dikunjungi tetamu dari Terengganu. Rakan sekolah rendah, menengah dan kampus. Rakan sepengajian saya itu sudah dua belas tahun saya tidak ketemu. Usai pengajian, kami membawa hala tuju masing-masing.

Mutakhir saya mendapat khabar dia berkahwin dengan rakan kami, satu pengajian juga. Isterinya orang utara.

Saya ajak anak perempuan sulungnya membantu saya di dapur, sebenarnya ingin bermesra dengannya. Yang lelaki juga turut melingkungi lesung batu, dan bertanya itu-ini. Tiba-tiba meletup pertanyaan dari mulut si gadis kecil berusia sembilan tahun itu, “makcik tak sambut Hari Ibu ke?” Saya terkedu. “Bila Hari Ibu?” Saya menduga. Dan dia pantas memberi tarikh yang betul untuk tahun ini.

Ah, anak kecil ini betul-betul membuatkan saya berfikir tentang sebuah “ingatan.” Terus saya usap kepalanya, dan menyeka air mata.

2 comments:

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam petang RAA,

ada "ingatan" dalam catatanmu kali ini, mungkin cerita yang hebat untukmu (?),

maaf jika tulisan ini "menyiku" hatimu....

rozais al-anamy said...

Zek,
Salam kembali.
"Ingatan" itu menyedarkan saya bahawa jiwa anak perempuan lebih seni daripada anak lelaki. Sedangkan saya sebelum ini terlalu inginkan anak lelaki.

Sikuanmu tak menyenakkan hati saya, jangan bimbang. Malah buat saya ketawa berombak-ombak.