Seorang teman maya bercerita: Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahun hari lahirku yang ke-40. Moodku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita "Selamat Ulang Tahun Suamiku Tersayang".
.
Waktu berlalu, dia tidak mengucapkan sepatah perkataan pun hatta ucapan "Selamat pagi". Aku berfikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat akan tarikh istimewa ini. Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah kata pun.
.
Di pejabat, sejurus aku melangkah masuk, sekretariku menyapa, "Selamat pagi Boss, Selamat Hari Lahir Ke-40". Akhirnya aku berasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku. Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian dia mengetuk pintu bilikku dan berkata, "Apakah tuan tidak menyedari bahawa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan, mari kita lunch, hanya kita berdua."
.
Aku segera menjawab "Wow! Ini adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, mari kita pergi!" Kami berdua segera beredar ke restoran yang tidak pernah kami kunjungi. Kami memesan dua gelas jus oren dan menikmati makan tengahari.
.
Dalam perjalanan pulang ke pejabat, dia berkata, "Anda tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu kembali ke pejabat, bukan?"
.
"Tidak perlu, saya fikir tidak perlu", jawabku. Lalu dia mengajakku untuk rehat di apartmentnya. Setelah tiba, dia berkata, "Tuan, jika tuan tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan berpakaian seksi sedikit." Dia menjeling manja.
.
"Tentu saja boleh", sahutku gembira dan teruja.
.
Dia berlalu ke kamar tidur, dan kira-kira enam minit kemudian keluar membawa kek ulang tahun yang besar - diiringi isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu "Selamat Hari Lahir".
Dia berlalu ke kamar tidur, dan kira-kira enam minit kemudian keluar membawa kek ulang tahun yang besar - diiringi isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu "Selamat Hari Lahir".
.
Aku hanya terpaku di sana, di sebuah sofa panjang, tanpa sehelai benang.
7 comments:
Kanda,
Rekaan atau sebab kena batang hidung sendiri?
Kanda,
Komen kanda ini juga mengecewakan pada ayat terakhirnya, sepertimana kanda kecewa membaca akhir kisah tersebut.
Kanda,
Kesepian tidak mewajarkan kita memilih jalan yang salah sebagaimana yang diambil oleh lelaki tersebut.
Kesepian lelaki itu bukan suatu takdir, tapi kesilapan dia mencatur hidupnya dan kedangkalan diri sendiri mengenal jiwa isterinya.
Kanda,
Lain kali jangan "over-acting!"
Post a Comment