Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, December 16, 2008

iv. bunga kapas

.
Getar suara mengembalikan nostalgia kepada Ros. Suara yang sama, insan berbeza. Saya teruja walaupun amat letih, fizikal dan emosi. Kami janji bertemu di sebuah rendezvous sekitar Ampang, tempat yang selalu saya kunjungi dengan Ros. Lima belas tahun dulu.

Dan saya memilihnya hari ini, buat kali pertama setelah meminggirkannya selama waktu itu. Saya memilih meja berhampiran pagar kayu yang sekelilingnya ditumbuhi bunga-bunga putih. Agar senang saya mencari wanita bertudung ungu, berbaju rona bunga kapas.

Dari kejauhan kelihatan wanita berpakaian serba putih beriringan seorang jejaka mendekati meja saya.
.
“Saya Maryam Qistina. Ini saya kenalkan, Umar Mukhtar.” Saya menyambut huluran tangan lelaki itu, tanpa genggaman kerana seluruh badan saya dihipnotis tenungan mata wanita di sisi. Penerbit Warta Tengahari TV4 itu mengundang nostalgia.

4 comments:

gurindamjiwa said...

Menatap bunga kapasmu
jiwa aku rasa bagai terapung
ingin ikut terbang ke awan
mengikut kau melayah tinggi
dari bahu gunung ke gunung
tapi aku hanya mampu memandang
kau dari mata jiwa
jauh dari mata nyata

Unknown said...

jangan jadi kan diri mu bagai bunga kapas... jangan biarkan diri mu terapung tanpa tujuan... jangan biarkan jiwa mu memandang tanpa kawalan... jangan biarkan nyata membawa mu pergi ke alam ilusi..
... salam dari InangRodat yang baru merentakkan tarian hidup

rozais al-anamy said...

InangRodat,
bunga kapas usah ditiru dari segi ukur beratnya, namun mizankan ia mengikut ukuran putih sucinya dan manfaatnya yang menutup aib kita.

Rentakkanlah tarimu mengikut irama qudus, bukan dari paluan kompang si pemalu.

Unknown said...

rozais..
setiap benda yang dijadikan Allah mempunyai pelbagai tujuan... samada menutup aib atau membawa aib.. tepuk dada tanya iman.. walau serancak mana tarian ditari.. murakabah kepada Allah jangan diengkari...