"Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik."

Itu kata-kata yang dipetik daripada sebuah laman blog kedai buku maya. Setuju benar saya. Saya lebih suka baca buku ikut cara saya; terlentang, meniarap, bersandar pada kepala katil, dan kadangkala mengiring dengan buku terdampar atas katil, hanya mata menjeling. Itu kalau dah benar-benar "habis havoc", tapi semangat untuk khatam buku berkobar-kobar.
Saya kurang selesa dengan buku elektronik, sebab sebahagian besar masa saya dihabiskan depan skrin komputer, takkan mahu baca buku pun nak hadap skrin lagi. Lagipun saya belum jumpa cara paling selesa mengadap buku-e, selain mengikut "kehendak" buku tersebut. Tambah pula, saya jenis manusia yang mementingkan nilai sentimental. Marah benar kalau hanya dapat kad raya, atau kad ucapan secara maya. Saya nak kad yang dapat dijamah juga. Kerana itulah saya menyetujui cara dan buah fikir tokobukumaya. Bagaimana anda?
Kata pengendali tokobukumaya dari PUTIH RONA DAGANG

"secanggih mana pun teknologi, buku bercetak harus dimiliki. kerana putih dan warna kehidupan itu realiti. di tokobukumaya, kami berdagang secara maya buku-buku bercetak, tempatan dan luar negara. hayatilah putih rona dunia dan kehidupan melalui dagangan kami. selamat memiliki dan menikmatinya."
Pinggiran Putrajaya
4 comments:
Assalamualaikum,
Ya, ukhti, ana pun setuju sangat & suka dgn kata2 itu. Ya, benar, nikmat membaca buku tak sama apabila kita hanya setakat baca e-buku di internet. Buku tetap buku. Buku tetap ada kuasa & peminatnya sendiri.
Apalagi kalau ada seseorang yang sudi menghadiahkan buku kepada kita. Pasti kita rasa seronok & gembira.
Buku memang tetap terus akan berguna & terpakai walaupun 10 tahun akan datang dunia telah maju & moden dgn teknologi yg canggih.
M.A.Uswah,
Ana pun bersetuju dengan ujaran anta. Kerana itu jugalah kita harus bersyukur kitab-kitab salaf dan buku-buku rujukan dahulu sampai kepada kita, ada auranya apabila mewarisi ilmu yang "disentuh" mereka, dengan larikan aksara oleh jemari yang penuh pengabdian.
Ya, benar tu enti. Kandungan ilmu dalam buku sebenarnya terlalu banyak & bernilai berbanding dari sumber2 ilmu lain. Walaupun ilmu itu kita boleh dapati dengan pelbagai cara & di mana2, tetapi sebenarnya banyak ilmu yg belum lagi insan susuri & kaji dalam kitab2 asal ilmu seperti kitab2 bahasa Arab khususnya bagi ilmu2 agama & sejarah Islam.
Di dalamnya terlalu banyak ilmu2 yg sangat berharga, bermanfaat & sangat susah sekali untuk kita temui ilmu2 seumpama itu di mana2. Rasakan bagai nikmat apabila menghadam & mengkaji kitab2 bernilai seumpama itu.
Ana rasa buku adalah sumber2 ilmu yg terbaik & selalu ada dekat disamping kita sebagai teman ketika sunyi mahupun sebaliknya. Ana nak tahu blog putih rona dagang di atas tu kepunyaan siapa pemiliknya? Blog tu masih baru lagi rupanya ye.
M.A. Uswah,
Seperti yang anta baca, blog tu dikendalikan oleh highcore08. Milik bumiputera. Apa yang penting dagangannya, ya syeikh.
Post a Comment