Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, January 19, 2010

Cinta Puncak Sagarmatha


Pada 26 Jun 2007, saya tidak naik pentas untuk menerima Hadiah Utama Kategori Cerpen Remaja, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxonmobil 2006 (HSKU 2006) bagi cerpen Cinta Puncak Sagarmatha. Sebelumnya, sewaktu ditanya oleh Ku Seman Ku Hussain yang menyiarkan cerpen tersebut di Mingguan Malaysia, saya mengesahkan kehadiran saya.

Saya bukan berbohong kepada beliau, namun kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa mengirim wakil. Dan sewaktu pertama kali bertemu beliau di sebuah majlis di Kota Bharu pada Mei 2008, saya serba salah untuk menjawab pertanyaan beliau tentang ketidakhadiran saya. Rasa bersalah pun ada, seolah-olah saya menipu orang yang baru saya bersua mukanya.

18 Januari 2010, Cinta Puncak Sagarmatha sekali lagi menduga saya, seolah menagih janji yang belum langsai. Saya teragak-agak untuk percaya saat sahabat saya memaklumkan kami menerima emel dari pihak DBP yang menyatakan cerpen CPS terpilih untuk menerima hadiah bagi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007. Semenjak menghantar borang penyertaan, saya melupakan terus penyertaan tersebut. Sebaik menyemak fail karya, baharulah saya sedar bahawa saya pernah menyertai pemilihan HSPM tersebut.

Akhirnya saya simpulkan, Tuhan mahu saya faham "ujian-Nya". Sewaktu awal pembabitan saya dalam mandala sastera, saya teramat ingin "Renyai di Rendezvous" saya terpilih untuk HSPM, namun kecewa, teramat kecewa. Sewaktu saya tidak meletak harapan tinggi kali ini, ia datang tanpa diduga. Sungguh Tuhan Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.

Kerana itu jugalah saya tidak bersetuju dengan sebahagian doa pada malam penyampaian hadiah tersebut, tatkala pembaca doa mengistilahkan yang tidak terpilih untuk menerima hadiah sebagai "mereka yang tidak menang". Saya rengsa dengan perkataan tersebut. Bagi saya lebih tepat kalau ia dipanggil "kepada yang tidak terpilih karyanya kali ini" kerana HSPM bukanlah medan pertarungan antara menang dan kalah, tetapi tempat insan bersyukur dan redha dengan kuasa Allah.

Kerana itu jugalah, setiap kali cerpen saya tidak terpilih untuk dianugerahkan sebarang hadiah pada mana-mana sayembara atau hadiah, saya tidak pernah menganggap saya kalah atau yang terpilih karyanya itu sebagai menang. Sebaliknya, saya sentiasa bersyukur kerana Tuhan memberi saya peluang untuk menilai diri dan menganalisia minda dan pemikiran juri. Bukankah keindahan itu subjektif?


Pinggiran Putrajaya



18 comments:

Mak Jemah said...

ah..santeknye berbaju cekelat...

nanyrazaly said...

tahniah!!teruskan berkarya..

rozais al-anamy said...

miss oren,
Rugi miss oren tak tunggu sehari lagi, kan!

rozais al-anamy said...

nanyrazaly,
terima kasih banyak dan rindu enny selalu.

enny tak payah naik pentaslah, tunggu naik pelamin.

Salina Ibrahim said...

Cik Kak,

Kenapa dipotong pix teman sebelah tu? ;-)

Apa-apa pun tahniah ya!

Mak Jemah said...

seriously rindu giler kat desa pinggiran putra..walaupun sunyi sepi tapi macam ada sentimental value..hahaha

nanyrazaly said...

hehe..naik pelamin? calon pon tak der cam mana nak naik pelamin..
rindu kamu jgk..

sian kat org sebelah tu, kena potong..apa2 pun sampaikan salam cheq kat dia naa

P/S: awal bln dpn nak turun KL..nak gi jalan2 putrajaya lah..huhu

rozais al-anamy said...

Salina,
Gambar orang sebelah kena potong sebab dia tak bertudung.

Tahniah untuk awak juga, semoga HSPM depan naik pentas lagi.

rozais al-anamy said...

miss oren,
mestilah teringat, sebab tuan rumahnya jenis sentimental.

kalau tak rindu pun, pintu rumah sentiasa terbuka untukmu. atau senang-senang pergi Bukit Tunggal, ambil auranya.

rozais al-anamy said...

nanyrazaly,
Bukan tak ada, belum suarakan hasrat di jiwa saja. apa kata cuba dengan ham..ham. ham..zzzzzzzz. bonda harap sangat tu!

WAN MARZUKI said...

TAHNIAH setinggi gunung, seluas lautan.
Moga bahagia dengan kehidupan baru!!!

rozais al-anamy said...

Wan Marzuki,
Terima kasih untuk doamu. Semoga tuan diberkati dan dirahmati-Nya selalu.

nanyrazaly said...

kalau dah tau rahul cintakan anjali buat apa tina nak mencelah pulak..bimbang nanti jadi ham..ham..ham..pehhhhh..hehehe

rozais al-anamy said...

nanyrazaly,
aikk, kan tina yang dapat sebab dia pandai pakai seksi.

Izani Zakaria said...
This comment has been removed by the author.
Izani Zakaria said...

rozais, tahniah untuk cinta sagarmatha. tq gak utk komen ttg sajak perempuanku di blog saya. lama tak jumpa

rozais al-anamy said...

Izani,
terima kasih. saya sangat menyukai sajak perempuan tersebut. ternyata saudara seorang suami yang romantis.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Salam Rozais,
Mujur saya tak baca doa malam itu. :-)