Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, January 26, 2010

Tahniah Mingguan Malaysia

.
Saya sengaja memeram respon terhadap rencana AJL 24 unsur illuminati? oleh Syed Mussaddad Mahdi dalam Pancaindera, Mingguan Malaysia pada halaman 8 dan 9 bertarikh 24 Januari lepas kerana tidak mahu terpengaruh oleh emosi.

Sejak dahulu lagi banyak majlis anugerah hiburan tanah air sering tersasar dari nilai-nilai moral dan budaya Melayu, dari kacamata Islam pula, usah cakaplah; awal-awal lagi menyeleweng.

Ucapan para penerima anugerah yang klise seperti "Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah atas rezeki halal ini" cukup buat saya mengeleng dan beristighfar panjang; terfikir betapa jahilnya para artis yang baru sahaja melalak tadi. Baik saja kalau setakat sebut, "saya gembira atas kejayaan ini." Taklah nampak dangkal dan jahil murakkab sangat.

Ada pula yang teruja sangat atas anugerah yang diterima sehingga rasa terawang-awang tatkala nama disebut, dan kerana mengamalkan tabiat yang tidak berbudaya sebelum ini; terus berlaga pipi dengan bukan mahram atas alasan hormat dan balas jasa guru. Itupun nasib baik mengaku bersalah, walaupun masih ada "but", kononnya dah biasa buat macam itu, dan dah anggap mak anak.

Amboi senangnya, kalaulah semua pakai alasan bodoh macam itu, habislah jahanam institusi kekeluargaan atas muka bumi ini. Seorang remaja lelaki boleh tidur dengan wanita atas alasan dah anggap mak sendiri, seorang murid boleh peluk ustaz atas alasan dah anggap macam ayah dan macam-macam alasan jahiliah lagi boleh menghalalkan tindakan tidak berbudaya ini.

Inilah petakanya apabila budaya dipijak oleh bangsa sendiri. Ia bermula dengan pelanggaran budaya yang dipandang remeh oleh masyarakat seperti bersalam dengan bukan mahram (salam sosial) yang sudah membudaya dan berakar dalam masyarakat kita. Budaya sumbang ini berlaku dalam hampir kesemua majlis dan pertemuan sosial seperti kenduri kahwin (malah majlis tahlil sekalipun); tak kira majlis anjuran pihak yang bertanggungjawab menjaga budaya bangsa, majlis akademik yang dihadiri oleh cendekiawan, apatah lagi majlis hiburan.

Sebaliknya mereka yang tidak bersalam pula dianggap tidak hormat majlis atau memalukan pihak penyampai anugerah. Kalau cara bersalam itu betul, berbaloilah juga dengan "dosa kering"  yang ditanggung, sebaliknya mereka hanya setakat sentuh sebatang jari pun tak apa. Budaya apalah agaknya, walhal mereka yang mengamalkan budaya songsang ini tak kurang "besar"nya di sesebuah institusi atau organisasi. Dalam hal ini Malaysia yang agama rasminya Islam lebih mundur budayanya berbanding Thailand yang mengamalkan amalan ber "sawadhi kaap" tatkala bertemu atau menyambut tetamu.

Lama-kelamaan ia sudah dianggap halal dan mereka yang alpa budaya ini menerima pakai nya sebagai budaya baru untuk diamalkan. Istilah "budaya" itu sendiri  malah tidak difahami, walhal pihak terbabit terdiri daripada kalangan mereka yang memperjuangkan budaya dan bangsa.

Kemudian, tidak cukup bersalam, amalan jahil seperti berlaga pipi tatkala bertemu (cium sosial) sebagaimana diamalkan di Hollywood pula diserap ke dunia hiburan tanah air. Beberapa isteri pemimpin pun ikut terbawa-bawa dengan amalan jahiliah ini, mengesahkan kepada artis bahawa perilaku mereka itu benar dan disokong oleh ikon negara. Betapa berjayanya jarum Yahudi yang dicucuk masuk dalam pengamalan "budaya" secara tidak langsung ini.

Benarlah pesanan "Yahudi itu mahu Muslim mengikut mereka hasta demi hasta". Mereka tahu umat Islam masih sensitif jika Islam diserang secara berdepan dan nyata, maka mereka mengheret dengan cara mencucuk hidung mereka dengan tali hiburan. Dan tatkala mereka sudah alpa dan "high", senanglah untuk mereka meneruskan makar dan tindakan seterusnya, sehasta lagi. Lama kelamaan, satu demi satu amalan mereka diterima sebagai "budaya" yang betul, sekaligus mengalih kiblat umat Islam dengan tanpa disedari.

Pendedahan oleh Sufian dalam laman blognya dan rencana oleh Syed Mussaddad amat berfaedah sebagai titik sedar kepada mereka yang terpesong dari budaya bangsa dan ajaran Islam. Sewaktu menonton dokumentari The Arrivals, saya mendoakan agar pemimpin di Malaysia dan seluruh dunia cepat sedar dan berbuat sesuatu untuk membanteras serangan akidah yang telah lama merosakkan dunia ini.

Ia sebenarnya bukan dibincangkan hanya hari ini oleh segolongan pihak yang telah lama sedar dengan fenomena ini, namun seringkali mereka yang mendedahkan hal ini "dibunuh" dan lenyap begitu sahaja oleh pihak-pihak yang telah "dibeli" oleh pertubuhan Freemason ini.  Bukan tidak ada mereka yang mendedahkan tentang bangunan-bangunan dan pusat beli belah yang menjadi sumber tenaga kepada pertubuhan yang bermatlamat menguasai dunia ini, namun apabila kuasa dan harta jadi buruan, agama rela disepak terajang oleh pihak bertanggungjawab menjaga akidah dan budaya bangsa.

Jika diikuti siri-siri pembunuhan ikon (character assasination) oleh pertubuhan ini sebelum ini, pasti kita sedar yang kita sekarang di ambang bahaya. Maka, tidak hairanlah seandainya selepas ini ada pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam penyiaran rencana ini  "diajar" secukupnya oleh pihak-pihak yang panas punggung oleh pendedahan berani mati ini.

Saya amat berbangga dengan sifat bertanggungjawab Sufian yang mendedahkan perkara ini dan juga keberanian Syed Mussaddad  yang memilih isu ini secara terbuka. Kepada Mingguan Malaysia, saya harap terus tegar dalam menyuarakan kebenaran walaupun mungkin pelbagai respon akan diterima selepas ini. Setidak-tidaknya ia sedikit sebanyak menebus semula "dosa" dan "keterlanjuran"nya yang bukan sedikit merosakkan budaya Melayu dengan gambar-gambar artis yang seksi dan tidak cukup kain melalui Pancaindera. 

Saya juga mendoakan agar Sufian dan sahabatnya serta mereka yang mendedahkan isu ini dalam perlindungan Allah, kerana perencanaan Allah itu mengatasi segala perencanaan manusia.

Pinggiran Putrajaya


8 comments:

Mak Jemah said...

4 and half stars 4 this entry

rozais al-anamy said...

miss oren,
Berjuta bintang untuk Sufian dan sahabatnya, serta Mingguan Malaysia.

WAN MARZUKI said...

Zais,
Saya fikir awak perlu posting tulisan awak yang cukup bernas ini ke semua media kerajaan dan alternatif, JAKIM sekali. Harap Menteri baru jaga Islam pun, 4x2, 2x4 gak.

Manusia Islam di institusi Agama kita ni, tak tahu la kurang arif ke atau semua dah jadi 'Syaitan Bisu'!!

rozais al-anamy said...

Wan Marzuki,
Masing-masing terpaksa jadi syaitan bisu kerana jaga periuk nasi, sebab negara kita bukan demokrasi sepenuhnya. Silap cakap sedikit pun tak pasal pasal masuk ISA, dan bangsa selain bangsa kita jadi dalangnya. Itu tak termasuk yang kena beli lagi, siapa tak nak kaya sekelip mata dan dibela Yahudi. Tujuh keturunan tak habis makan.

Target Freemason untuk masuk ke sebahagian besar institusi dan organisasi telah banyak tercapai. Inilah yang Nabi sebut zaman fitnah, bangsa Melayu masih bengong dengan politik kepartian, walhal kita sedang berhadapan dengan lawan dunia, bukan politik dalam cawan kita.

nil said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

jurnal alam,
Terima kasih daun keladi.

Meooo Comicore Club said...

nice post... infotainement

rozais al-anamy said...

meo188,
terima kasih. harap dapat mengambil yang baik daripadanya.