Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Saturday, August 22, 2009

Wanita Pisau Cukur

.
Seorang teman menelefon, menangis dan hampir meraung. Ceritanya, dia kehabisan wang dan harta kerana seorang wanita. Saya tanya dia, dia kena rompakkah? Bukan, balasnya. Aku kena cukur! Laaa, baguslah, tak payah ke salun, sampuk saya. Suwey, dia marah-marah. Dia cerita semua kisahnya, dari awal pertemuan dengan seorang gadis gedik sehingga nasib malang yang menimpanya. Apalah takdir aku macam ini, rintihnya. Hey, bukan takdirlah, engkau yang mangkuk. Mata buta mengenal wanita, takdir yang kau salahkan. Ini ha, lain kali pastikan ciri-ciri ini dulu, barulah kau buat kawan, selar saya. Jangan fikir nafsu saja. Ya lah, ya lah, sempat lagi dia "meccok" dengan saya.

1. Di awal perkenalan, dia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. Ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata.

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.

5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6. Mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan, tetapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin pada awalnya si dia akan minta top up, kemudian minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. Dan selepas itu sedikit demi sedikit dia mainkan peranan.

7. Tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. Tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan cukur tetap akan goda sampai dapat.

8. Mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.

9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya selama bertahun, tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila ditanya dia lebih suka mengelak.

10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi, dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal, tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas.

Jalan Pengkalan Chepa

12 comments:

Hasbullah Mohamed Rahman said...

ya Allah ya Tuhanku
mintak jauhlah dgn makhluk pompuan speasis pencukur ni.. ameen...

Amin-MASSA said...

Terima kasih tentang info 'pisau cukur' itu... Janganlah dipertemukan spesis sebegini dalam hidup saya...

rozais al-anamy said...

Hasbullah,
Hai, lama menghilang!
Amin, semoga saudara sentiasa diketemukan dengan wanita solehah. Perempuan yang baik sudah tentu untuk lelaki yang baik juga.

rozais al-anamy said...

Amin-MASSA,
Sama-sama kasih.
Semoga saudara dijauhkan dari ujian seperti itu, namun sentiasalah berwaspada.

Saya sendiri banyak ketemu perempuan seperti itu, kadangkala sama spesies pun dicukurnya juga.

Hasbullah Mohamed Rahman said...

aduhai cik kak.. bertapa meta
dah temu dah..hehe.. alhamdulillah
nati gi bekwoh rayo ni deh.. eheh.. nati la sy letak kad kawin dlm entri terkini tak lama lg.. :)

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam RAA,

"moga terjauhkan wanita atau lelaki jenis begini",

re: "raya saya sama ada Kemaman atau Durian Guling - belum putuskan lagi",

"RAA balik ke Terengganu raya nanti (?)"

rozais al-anamy said...

Zek,
Saudara orang yang baik, maka sudah tentu Allah menjauhkan wanita atau lelaki seperti itu daripada menganiaya saudara.

Saya belum pasti beraya di mana. Bagi orang berkelana seperti saya, raya di mana tempat pun, suasananya sama sahaja.

mohamadkholid said...

pernah dengar lelaki kaki cukur juga?

rozais al-anamy said...

Hasbullah,
Syukur saudara sudah ketemu teman jiwa yang sejati. Moga bahtera kalian sampai ke pelabuhan damai sejahtera. Tahniah ya!

rozais al-anamy said...

mohamadkholid,
saya bukan setakat pernah mendengar, dah pernah berkawan pun. nasib baik tak sempat dicukur licin saja.

kriteria lelaki jenis ini tak banyak berbeza dengan yang perempuan. cuma romantiknya tahap luar biasa.

Luqman Hakim QA said...

hehehhh...demo pisau gapo lak

rozais al-anamy said...

Luq,
Saya pisau belati.