
seorang lelaki penjual puisi
kehabisan dakwat, menusuk jari
dengan tajam mata pena
hatiku berdarah melereti bait-baitnya
jiwa pilu memandang lukanya.
Jalan Pengkalan Chepa
'ISHY 'AZIZAN AU MUT SYAHIDAN (HIDUP PERKASA ATAU MATI SYAHID) Kita adalah jisim yang berada antara langit dan bumi, kerana kita masih bernyawa, dan mahu hidup perkasa – mengumpul bekal untuk roh yang melampaui sempadan langit dan bumi dalam kehidupan syahidnya!
2 comments:
Salam RAA,
"lelaki mungkin sesiapa sahaja, atau mungkin saya juga RAA",
"'kita' melalui kitaran yang hampir serupa".
Zek,
Salam kembali.
Ya, lelaki itu mungkin sesiapa sahaja, dan berkemungkinan besar saudara. Tapi saya pasti saudara belum kehabisan dakwat pena, bukan?
Ada tanda soal yang besar pada ayat ketiga saudara nampaknya.
Post a Comment