Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Saturday, August 15, 2009

Hanyir Tanah Ini

.
Kurapatkan wajah ke muka tanah
kucium hanyir jasad, bersatu
cacing dan ulat menggeliat keluar
adalah ammarah yang semakin pudar
sewaktu indera menangkap tangis bumi
dan bunyi alam yang bertasbih
aku larut dalam kasih sayangMu.

Tuhan,
semoga liang sempit ini
luas di sana nanti
dan hanyir tanah ini
berganti wangian kasturi di negeri abadi.

Tali Air Padang Embun

10 comments:

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam RAA,

"amin".

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com said...

Salam, Jemput Tn Rumah ke GEM Community ( DIrektori/Forum Perniagaan, Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia) - http://gem.socialgo.com

rozais al-anamy said...

Zek,
Terima kasih atas doa ringkas itu. Semoga saudara beroleh rahmat-Nya.

Hafiz Fandani said...

tempat yang tak terkecuali..kembali kita seorang diri..sedang dua malaikat sudah menanti..untung nasib belum pasti..

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam RAA,

"selamat berpuasa".

Anem Arnamee said...

Salam akak.

salam ramadhan ..:)

rozais al-anamy said...

GEM,
terima kasih atas jemputan.

rozais al-anamy said...

Hafiz Fandani,
Semoga amal kebajikan yang dikerjakan membawa kita ke dunia impian dengan rahmat-Nya.

rozais al-anamy said...

Zek,
Salam kembali.
Selamat mengerjakan ibadah puasa. Semoga Ramadhan ini lebih berkualiti dari tahun sebelumnya.

Raya di mana?

rozais al-anamy said...

arnamee,
Salam pagi.
Ramadhan Mubarak. Moga dirimu beroleh rahmat-Nya dan kau temui keindahan Tuhan dalam bulan penuh keberkatan.