Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Thursday, February 19, 2009

Jam Tiga Dinihari

.
(Untukmu, Z)

Jam tiga dinihari, Februari 17, 2009.

Putih busanaku
tertitis merah jiwa terluka
rona ungu rindu terpenjara.

Kita sama-sama merasa
hangatnya embun pertama
setelah sebuah janji dipahat.

Katamu
kau tak akan berpaling lagi
dan tegar dengan sebuah penantian dan janji.

Kataku
namamu tak akan terpadam
dari sudut hati yang paling dalam.

"Jika tersua lagi, mungkin aku menangis."
(Memori Duka)


Kamar Jiwa

Februari 18, 2009 (dinihari: 3.00)

Mingguan Malaysia, 22 Februari 2009

6 comments:

baca fikir said...

salam,
sdari rozais,
setiap yang tertanam di jiwa dan terpahat di hati adalah milik kepada pemiliknya jua..

rozais al-anamy said...

rba,
salam kembali.
benar sekali
yang tertanam di jiwa
yang terpahat di kalbu
hanya milik yang mengerti
dan ingin memiliki.

baca fikir said...

rozais al anamy,
jiwa yang berjiwa adalah hidup, dan jiwa akan terus hidup didalam kalbunya.. jiwa bukanlah fatamorgana.
saya doakan jiwa rozais sentiasa berada akrab dengan sakinat..
:-)

nil said...
This comment has been removed by the author.
baca fikir said...

Salam Rozais,
Tahniah "Jam Tiga Dinihari" terpapar di dada akhbar..
Sesuatu coretan yang mampu meresapi ke jiwa pembaca sudah tentu di coret melalui jurang rasa jiwa yang dalam penulisnya..

rozais al-anamy said...

rba,
Salam kembali.
Terima kasih atas ucapan tahniah.
Semoga masih ramai insan yang berjiwa, tatkala umur dunia semakin tua.