Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Wednesday, October 28, 2009

Di Negeri Keropok Lekor

.
Saya berkejar ke pejabat pos Batu Enam di bangunan Maidam untuk mengepos pen drive kepada seseorang. Berada di kaunter sambil menunggu proses siap, mata saya berkelintar ke ruang dalam kaunter. Terpana melihat jelingan menggoda YAB Dato' Ahmad bin Said dalam bingkai di dinding, tertulis lagi di bawahnya Menteri Besar Terengganu. Suara kerani kaunter menyentakkan saya, "ari ni dok dang sapa doh dik, esok ah baru jallang." Hah, saya di negeri keropok lekor@gentel, bukan di negeri budu rupanya. Terbayang sengih Nik Aziz yang mesra.

Pulang dari cc nanti, saya akan melalui deretan gerai Pasar Batu Enam. Pasti saya tidak akan lepaskan peluang beli keropok lekor seringgit sebatang.



4 comments:

Unknown said...

rozais....

berbeza sangat ke kelate dan ngganu tu...??

rozais al-anamy said...

InangRodat,
Amat berbeza, dari segenap segi.

jiwafaham said...

bestnya tengok gambar keropok lekor tu... sedap makan dengan teh o panas waktu petang masa musim hujan ni....

rozais al-anamy said...

jiwafaham,
masa saya tulis entri ni keropok masih selamat dimakan. apabila saya balik sekali lagi, keropok tak banyak dijual, taukeh keropok pun masam saja mukanya, keropok dah di'gam' gara-gara taun. saya pun tak berani nak beli lagi, hanya kunyah keropok keping.