Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Thursday, February 19, 2009

Sedu Yang Tertunda

.
Dedikasi buat Z (In) yang menjentikkan ilham

Kita meniti batas hari
ada sedu terbekam di kalbu
kubenamkan jauh
sewaktu kau menaikkan layang-layang impian
ke langit kenyataan.

Dan tatkala kita lewati padang saujana
seduku yang tertunda pun berderai
tersangkut di celah rerumput kepiluan.

Padang Embun
Februari 18, 2009 (tengahari: 12.30)

8 comments:

baca fikir said...

salam,
sdri rozais,
lahirnya setiap kenyataan bermula dari impian,usaha dan doa..

nil said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

rba,
salam kembali.
teringat waktu saya sekolah rendah dulu, selalu nyaynyi
"cita-cita saya
bagai gunung tinggi
puncaknya di awan
tak tercapai tangan

Tapi hati tabah
saya terus usaha
semua rintangan
tak dijadikan alasan
ingin berjaya
hidup dipenuhi jasa."

rozais al-anamy said...

Kanda,
Sewaktu membaca komen rba, tiba-tiba komen kanda meletup masuk. Dan pada masa yang sama dinda sedang dengar lagu "Dari Kekasih Kepada Kekasih".

Nyanyi Hattan,
"Entah berapa kali kucuba
membohong hatiku ini
hebat dilanda rindu padamu."

nil said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

Kanda,
Nak ketawa, boleh?

baca fikir said...

sdari rozais,
zaidi kata dia tak mampu nak tulis sepatah pun, tapi banyak juga yang ditulisnya..elok
:-)

rozais al-anamy said...

rba,
aya juga selalu macam Kanda Zaidi. Tak mampu untuk menulis sepatah ayat, jika ayat yang mahu ditulis itu datangnya dari jiwa yang dalam.

Yang banyak ditulis itu, selalunya dari minda.