Saya amat suka lagu ini, lirik dan melodinya sekali. Namun setiap kali saya mainkan lagu ini, sahabat saya pasti sumbat telinga, atau saya terpaksa guna ear phone. Namun dia profesional, dia tetap ajar saya paste kan youtube dalam entri ini. Bila saya mahu dedikasikan padanya, dia cakap dia akan lari tak cukup bumi.
Saya akan kenakan dia cukup-cukup kalau seorang kawan sastera kami berkunjung ke Noble Art. Saya akan nyanyi sama-sama hingga sahabat saya tadi histeria. Rakan saya, penyanyi lagu puisi yang pernah bergelar johan; yang suara lelakinya vibrate lebih itu akan selalunya buat saya tersedak separuh lagu.
Lagu ini saya tujukan kepada lelaki-lelaki yang lahir pada tarikh Januari 10.
Untuk pria yang berkongsi tarikh ini; yang jauh di mata tapi dekat di jiwa, saya tujukan lagu ini khas untuknya; sekali lagi di ruang terbuka.
Jua untuk rakan duet saya itu, harap kami dapat nyanyikan lagu ini secara sempurna hari ini sempena sebulan ulangtahun keputeraannya.
Dan untuk seorang lagi lelaki yang berkongsi tarikh ini, saya ingin benar dia terseksa dengar lagu ini; kerana saya harap dia akan melajukan langkahnya sewaktu melintasi pejabat saya. Semoga lepas ini dia akan lanjutkan masa operasi tandasnya dan tidak menyeranah saya lagi waktu saya minta untuk berwuduk Asar. Dan saya akan tarik balik sumpah saya untuk mengencingi kuburnya (saya takut hantu kubur sebenarnya, tapi kerana dia terlampau biadap, saya terpaksa berbaik dengan hantu kubur).
Di saat ku berlari mengejar mentari
terlupa masaSaya akan kenakan dia cukup-cukup kalau seorang kawan sastera kami berkunjung ke Noble Art. Saya akan nyanyi sama-sama hingga sahabat saya tadi histeria. Rakan saya, penyanyi lagu puisi yang pernah bergelar johan; yang suara lelakinya vibrate lebih itu akan selalunya buat saya tersedak separuh lagu.
Lagu ini saya tujukan kepada lelaki-lelaki yang lahir pada tarikh Januari 10.
Untuk pria yang berkongsi tarikh ini; yang jauh di mata tapi dekat di jiwa, saya tujukan lagu ini khas untuknya; sekali lagi di ruang terbuka.
Jua untuk rakan duet saya itu, harap kami dapat nyanyikan lagu ini secara sempurna hari ini sempena sebulan ulangtahun keputeraannya.
Dan untuk seorang lagi lelaki yang berkongsi tarikh ini, saya ingin benar dia terseksa dengar lagu ini; kerana saya harap dia akan melajukan langkahnya sewaktu melintasi pejabat saya. Semoga lepas ini dia akan lanjutkan masa operasi tandasnya dan tidak menyeranah saya lagi waktu saya minta untuk berwuduk Asar. Dan saya akan tarik balik sumpah saya untuk mengencingi kuburnya (saya takut hantu kubur sebenarnya, tapi kerana dia terlampau biadap, saya terpaksa berbaik dengan hantu kubur).
Di saat ku berlari mengejar mentari
Engkau menanti
(Pasrah engkau menanti)
sekeras hatiku walaupun perit
Kau yang mengharap kasih
ku mengendahkan
menyisir airmata, menghapus lara
Kau ikat pada janji
akulah yang satu
rela merintih dari terpisah
Patah ranting di cermin usia
ku tersedar kesilapanku
menyusur arusnya dunia yang fana
kekaburan
Kau kekasihku
(Kau kasihku yang setia)
kilauanmu bak mutiara
tak terpamer di bingkai kaca
Walau hujan berkurun
(Walaupun hujan berkurun)
di danau kasih bergelora
takkan tawar lautan cintaku.
Padang Embun
Januari 10, 2009 (pagi: 11.00)
4 comments:
Kanda,
Terima kasih.
Bak kata seseorang, terus melangkah dan tak akan berpaling lagi.
Soalnya, melangkah untuk meninggalkan atau ke hadapan untuk suatu harapan?
Kanda,
Kebahagiaan itu hak mutlak sejagat, ia bagai embun dinihari,
untuk ditadah oleh kolam jiwa,
pemilik kalbu yang tak pernah alpa
dan tak terleka oleh masa.
Semoga kolam jiwa kanda penuh kebahagiaan, dinda doakan.
Janji dinda kepada kanda tetap akan dikotakan, maaf kerana kanda terpaksa menunggu sekian waktu.
walau
Post a Comment