Saya sangat suka filem ini. Sangat-sangat suka. Bagi saya ia sebuah filem cinta yang penuh keromantisan. Bila saya katakan ini kepada beberapa orang teman, tiada yang menyetujui. Kata mereka, romantik apanya kalau dah bedil sana tembak sini.
Dapat saya bayangkan abang angkat saya yang panas baran di Sembawang, pasti terbeliak biji mata kalau saya panjangkan komen saya seputar filem ini kepadanya. Isteri flying kick suami? Perempuan bawa kereta laju pun dia membebel- emansipasi! Dia suka wanita seperti saya, tak pandai bawa kereta walaupun saban tahun memperbaharui lesen memandu sejak sedekad dulu.
Katanya, "Budiwati, andai suatu hari dinda mahu memandu, jangan jadi macam perempuan tu." Dia memuncungkan mulut ke arah pemandu yang baru memotong kereta kami di Orchard Road. Sebelum pencen, sikap pemandu seperti itu masih boleh dia ampunkan.
Saya jawab sambil berfikir, "Kanda Is mahu saya bawa kereta kuda sampai bila?" Kami sama-sama memuntahkan tawa.
Mr. & Mrs Smith adalah bauran cinta, keegoan dan survival. Dan nyatanya, cinta itu tetap akan menang dalam perjuangannya membedil keegoan; dan survival itu akan berubah sifatnya kepada perjuangan memiliki cinta.
Saya takut mati, tapi seandainya picu yang ditarik itu akan memuntahkan peluru cinta, saya pasti kematian akan menghadiahkan senyuman kepada saya.
Kamar Cinta
Februari 6, 2009 (petang: 3.11)

10 comments:
Filem kegemaran saya juga! Tak jemu tonton berulang kali.
Nis,
Jiwa saya cukup tersentuh dengan keengganan Mr. Smith memetik picu. Romantisnya. Sangat-sangat romantis.
Salam kpd
Sdri rozais dan puan nisah,
Saya belum tenguk filem tersebut,
oleh itu belum mampu nak komen.
Cuma mahu minta maaf pada puan nisah kerana masuk blognya beberapa kali sebelum ini tanpa pengetahuannya.
hey hausmek,
puk de dvd bek on de rek, eng eh uzuel, dine ek seveng!
Puok gganu maghi gok nok tengok nih. doh guane gamok?
rba,
tengoklah ya...
Kanda,
Sudah pasti!
hey zanagodzilla,
nak penyepak?
rozais...
hingga kini, saya masih tak mampu menonton cerita itu sehingga habis.. walau sekuat mana saya mencuba.. bagi saya, ia adalah cinta ilusi yang terus di bawa ke realiti demi kebahagiaan sendiri... melalui sandiwara cinta brad dan angelina dalam filem itu membawa kepada keruntuhan ikatan brad dan jennifer... menonton filem tu dan terpancar jelas cinta yang membara antara dua jiwa walau ikatan telah sekata, bagai dirobek rasanya hati ini.. suci kah cinta jika dibina atas airmata dan keruntuhan istana orang lain? memang cinta itu kusta, merasa bahagia walau menyeksa jiwa orang yang pernah dicinta dan dipuja...
InangRodat,
Saya menonton filem ini dan mengulasnya secara perse, bukan mengaitkannya dengan realiti dan peribadi pelakon.
Namun saudara mula memasukkan komen peribadi ke dalamnya. Ia dua perkara yang berbeza, saudara. Lainlah kalau saudara ingin buat kajian psikoanalisis terhadap filem tersebut.
Saya membicarakan tentang unsur keromantisan dalam pertentangan, yang membuktikan bahawa kebencian akan tunduk jua pada kuasa cinta.
Apa yang terjadi pada saudara, saya fikir harus dikembalikan kepada asas cinta itu disemai. Jika benih zaitun yang saudara semai, pasti taufan melanda tak akan mampu mematahkan, walaupun rantingnya.
rozias...
Seorang perempuan yang bernama InangRodat ini tidak mampu menolak realiti.. ilusi dan realiti bercampur aduk terkadang mengaburi pandangan mata hati..
Sesuci mana pun cinta disemi, walau benih zaitun jauh dari duniawi, tapi bila badai melanda, bukan kata ranting, namun akar yang kukuh dan teguh pun musnah dan hilang pergi entah kemana..
InangRodat berbicara melalui pengalaman yang dikutip sendiri..
InangRodat,
Ilusi tak sepatutnya mengaburi mata hati seorang lelaki seperti saudara.
Usah jadikan pengalaman pahit saudara sebagai igauan menggapai kebahagiaan di hari muka.
Semuanya atas usaha saudara. eorang Mukmin tidak akan pernah terhumban ke lubang yang sama, saudara.
Post a Comment