Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Wednesday, February 11, 2009

Mimpi Yang Tak Sudah (Ibnor Riza)

.


Saya suka lagu ini kerana melodinya, lebih-lebih lagi penyanyinya yang bersuara "penyayang". Saya suka Ibnor yang pendiam. Sebelum ini, saya tidak pernah menghayati liriknya, kerana lebih menumpu kepada alunan lagu yang mendayu-dayu, di selang seli dengan gambaran wajah Ibnor yang romantis.

Namun hari ini, saya menghayati lirik ini dengan mata jiwa. Sungguh lirik ini datang dari hati yang kecewa, oleh permainan cinta pasangan yang tidak setia menyemai janji hidup bersama. Kadangakala anai-anai kemarahan, kepentingan diri dan keegoaan bisa memamah akar cinta yang sebelumnya disemai bersama.

Waktu ini, saya rasa ingin terbang dan duduk di hadapan Ibnor, berkongsi luka yang rasanya tidak akan sembuh lagi. Ingin bercerita tentang mahligai syahdu yang telah lebur oleh petaka dusta. Benar alunan Hattan:

Kita bertemu kali ini untuk apa
Adakah hanya menambahkan lagi sengsara
Luka yang lama belum sempat aku sembuh
Masih berdarah mengeruhkan warna hidupku.

Saya fikir pasangan cinta Ibnor itu telah lupa lirik lagu Mahligai Syahdu, kerana itulah Ibnor terpaksa mengalunkan Mimpi Yang Tak Sudah ini.


MIMPI YANG TAK SUDAH


Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Titik kenangan
Yang bernama pengalaman

(korus)
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah.

Kamar Rasa
Februari 11, 2009 (pagi: 8.30)

3 comments:

nil said...
This comment has been removed by the author.
nil said...
This comment has been removed by the author.
rozais al-anamy said...

Kanda,
Semoga doa kanda kepada dinda itu dimakbulkan Ilahi. Dan semoga kanda juga dianugerahi kebahagiaan berganda.

Teringat dinda pada buih-buih sabun yang ditiup tatkala zaman kanak-kanak. Pada waktu dinda belum mengenal apa itu kepedihan dan rasa terhiris luka.